Bimbang dengan keadaan penduduk Sabah yang kini menghadapi pandemik Covid-19 yang serius, pendakwah bebas, Ebit Lew menggunakan perkhidmatan kapal terbang kargo untuk menghantar bantuan.

Menurut Ebit, ramai pihak yang meminta bantuan daripadanya terutama barang-barang keperluan perubatan.

Justeru pada pagi Jumaat tadi, Ebit menghantar bantuan medical set seperti PPE (peralatan perlindungan diri), face shield, pelitup muka dan sarung kasut untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah.

“Doakan ya, risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. Ramai mesej saya minta bantuan.

“Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah. Saya sumbangkan barang medikal set PPE dengan spec, Face Shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah.
Saya guna perkhidmatan Raya Airways kargo.

“Doakan ya insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah. Sayang orang Sabah sangat,” katanya.
Ebit Lew berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut beliau turut memuat naik video ketika bantuan itu dihantar menaiki kapal terbang kargo.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang kagum dengan usahanya yang luar biasa dalam menghantar bantuan.

“Ya Allah semoga usaha Ustaz sentiasa diberkati Allah dan bermanfaat buat semua orang ,” komen salah seorang netizen.

“Semoga dipermudahkan segalanya buat Ustaz didunia dan akhirat...” komen salah seorang warga maya.

“Tak mampu nak sedekah atau bantu banyak macam ni teringin nak buat macam mana ustaz buat ni,” kata salah seorang pengikutnya.

Terdahulu, Ebit Lew telah banyak memberi bantuan dan membantu rakyat Malaysia yang dalam kesempitan hidup termasuk menghantar saumbangan dan bantuan ke penjara Kedah.


Doakan yer..risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah. Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah.. Saya sumbangkan barang medikal set PPE dengan spec, Face Shield,mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah. Saya guna perkhidmatan Raya Airways kargo. Doakan yer insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah...sayang orang Sabah sangat-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on