Berita

Risiko Tulang Kaki Bayi Membengkok, Aksi ‘Handstand’ Bakal Mengundang Padah

gempak
Syafiqah Jalal
15/10/2019
14:05 MYT
Sponsor Banner
Risiko Tulang Kaki Bayi Membengkok, Aksi ‘Handstand’ Bakal Mengundang Padah
Aksi pelakon Hairul Azreen mengimbangi bayi atau ‘hanstand’ memegang anak bongsunya, Alisa Aisyah telah mendapat perhatian warganet semalam.
Malah, aksi mendebarkan itu turut mendapat respon daripada angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang bertindak menegur tindakan tersebut.
Sementara itu, menerusi perkongsian daripada akaun Facebook, Public Health Malaysia turut telah menegaskan bahayanya aksi tersebut.
Dalam artikel tersebut menerangkan empat risiko bahayanya melakukan aksi ‘handstand kepada bayi.
“Jika anda sayangkan anak, hentikan membuat aksi mengundang padah ini. Bayi hanya akan berdiri apabila otot dan tulangnya telah kuat.
“Melakukan aksi sebegini mengakibatkan tekanan kepada tulang kaki dan lutut , menyebabkan risiko tulang kaki membengkok.
“Sekiranya bayi terjatuh, jisim kepala yang lebih berat akibatkan bayi jatuh dalam posisi terjunam. Kecederaan kepala yang serius boleh berlaku.
“Bapa yang hebat, tidak perlu menunjukkan betapa sado otot mereka. Cukup dengan melindungi dan menjaga keselamatan anak,” tulisnya.
BACA: Hairul Azreen Paksa Anak Buat 'Handstand', Enggan Dengar Teguran Dr. Sheikh Muszaphar ... "Nasihat Supaya Orang Lain Tak Tiru"
Entri tersebut telah mendapat perhatian ramai iaitu lebih 1,200 komen terutamanya dari golongan ibu bapa.
Malah tidak kurang juga yang mengaitkannya dengan aksi suami Hanis Zalikha semalam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live