Laman Utama
Risteena Bertuah Dapat Isa Khan, Kumpul Pahala Di Bulan Zulhijjah - "Puasa Tak Nak Tinggal 10 Hari"
Pelakon Risteena Munim, 32, akui berasa sangat bertuah dikurniakan Isa Khan, 28, sebagai pasangan hidupnya.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas berkongsi sebuah rakaman video yang memaparkan Isa sedang belajar mengaji secara maya (online) bersama seorang ustaz.
"Saat ramai masih tidur sesudah subuh, suami saya pilih untuk mengaji Al-Quran sambil video call dengan ustaz untuk pastikan bacaan yang dibaca itu betul.
"Sangat bangga nak berkongsi tentang ini sebab saya sangat bersyukur memiliki awak sebagai suami," tulisnya sebagai kapsyen.
Tambah Risteena, adik kepada Miller Khan ini memilih untuk memperbanyakkan amalan dengan mengerjakan solat sunat, mengaji dan berpuasa kerana ingin mengumpul pahala pada bulan Zulhijjah.
"Semangat bangun seawal pagi untuk solat tahajud dan solat sunat sehingga subuh dan terus mengaji.
"Nak kumpul pahala di bulan Zulhijjah ni katanya. Puasa tak nak tinggal 10 hari. Ini lah suami saya.
"Semoga Allah merahmatimu suami, dan mudahkan segala urusan awak sayang. Sayang sangat kat dia!" tulisnya lagi.
Di ruangan komen, pemilik nama Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan turut memohon agar dirinya dikurniakan iman dan taqwa bagi memimpin isterinya ke jalan syurga.
"Semoga dikurniakan iman dan taqwa dalam diri ini untuk pimpin isteri saya ke syurga Allah SWT," tulisnya.
Terdahulu, Risteena dan Isa mendirikan rumah tangga pada 12 Mac lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Must-Watch Video