Read

RIZMAN RUZAINI Pilihan Datuk Seri Siti, Ziana Zain & Fazura — Pernah Hasilkan Busana Sepantas 3 Jam!

gempak
Public Anonymous User
02/01/2018
03:46 MYT
Sponsor Banner
RIZMAN RUZAINI Pilihan Datuk Seri Siti, Ziana Zain & Fazura — Pernah Hasilkan Busana Sepantas 3 Jam!
Oleh: Huda Hussain

USIA penglibatan mereka dalam industri fesyen sebaya dengan usia InTrend. Dan meniti tempoh itu, pelbagai momen manis dan ranjau yang ditempuh untuk memahatkan nama Rizman Ruzaini berada dalam liganya yang tersendiri.
Terus optimis untuk menghasilkan yang terbaik, bagi duo pereka dinamik ini tiada apa yang mampu diharapkan melainkan sokongan dan kepercayaan untuk mereka terus berkarya di landasan ini.
Sejarah kemunculan Rizman Ruzaini dalam industri fesyen, bagaimana ia bermula?
Kami bermula sebagai rakan sekelas. Dan keserasian yang wujud membuatkan kami terfikir mengapa tidak kami cipta satu label dengan gabungan dua pereka. Kolaborasi ini diterima baik dek pencinta fesyen tanah air. Alhamdulillah selepas 12 tahun dan hingga hari ini, kami masih bersama.

Sepanjang penceburan kalian dalam industri fesyen, koleksi mana yang paling dekat di hati dan mengapa?
Koleksi SS18 yang baru dipentaskan di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2017 kerana buat pertama kalinya kami menghasilkan dua koleksi yang berbeza daripada Rizman dan Ruzaini. Dari situ masyarakat dapat melihat perbezaan DNA Rizman dan Ruzaini.

Momen yang tidak dapat dilupakan sepanjang bergelar pereka fesyen?
Ulang tahun ke-10 Rizman Ruzaini kerana kami menyambutnya bersama mereka yang menjadi tulang belakang Rizman Ruzaini selama ini. Sepuluh selebriti dan ia diadakan di lokasi ikonik iaitu di Muzium Negara. Momen ini kami abadikan selamanya dalam memori.

Warna pakaian asas yang perlu ada di dalam gerobok pakaian lelaki?
‘Very good cutting jeans’, kemeja putih dan hitam juga ‘power suit’.

Trend apakah yang anda harap tidak akan berulang?
Unsur feminin yang ada pada gaya atau stail lelaki.
Tempoh paling pantas menyiapkan sesuatu busana?
Tiga jam!
Lagu yang mungkin ‘annoying’ tetapi melekat di kepala?
‘I Am Me’!
Kala memuat naik foto atau apa jua ‘post’ di laman sosial, apa yang sering meragukan kalian?
Rizman: Bedal aje! Tapi saya jarang muat naik foto, hanya sesekali sahaja dan ikut ‘mood’. Ruzaini: ‘Angle and proportion body’.

Seorang gadis lebih manis dan cantik pada pandangan anda apabila dia...
Rizman: Tanpa mekap dan bijak. Ruzaini: Sifat dalaman dan bijak.
Perkara paling ‘gila’ yang pernah dilakukan?
Rizman: ‘Sky dive’ di Dubai.
Ruzaini: ‘Pre wedding shoot’ di lima negeri di India tanpa persediaan formal misalnya tidak memohon kebenaran, tidak membawa surat permohonan... redah aje!
A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on
Adakah zodiak seseorang memberi pengaruh kepada cita rasa gayanya, komen?
Rizman: Ya! Seperti zodiak saya (Gemini) sifat zodiak itu punya ‘split personality’ yang ada masanya ‘all out’ dan ada ketikanya kasual.
Ruzaini: Ya! Saya bernaung di bawah zodiak Leo. Dan antara ciri-ciri Leo adalah berani mencuba segalanya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024