,
Laman Utama

RM18.1 Bilion Telah Dikeluarkan, Hampir 30 Peratus Ahli KWSP Hanya Tinggal RM100 Dalam Bank

Maliah Surip
27/02/2021
16:10 MYT
Hampir 30 peratus daripada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan wang simpanan persaraan mereka di dalam Akaun 1 ketika pandemik COVID-19 melanda negara sejak Mac tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias memaklumkan ini di sebalik kejayaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan dividen yang agak tinggi kepada ahli-ahlinya meskipun berdepan pelbagai cabaran pada tahun 2020.
"Kita dapati banyak simpanan ahli telah menurun, kita percaya lebih kurang 30 peratus daripada mereka telah keluarkan hampir kesemua wang persaraan mereka di dalam Akaun 1. Mereka cuma terpaksa tinggalkan RM100 di dalam akaun sebagai syarat.
"Kita jangka 60 peratus ahli pula akan menggunakan wang daripada Akaun 2. Akaun ini adalah untuk memudahkan ahli untuk membeli rumah, bil perubatan dan pendidikan serta meningkatkan skil mereka.
"KWSP agak bimbang berkenaan perkara ini, kita akan terus melakukan lebih banyak aktiviti serta kempen kesedaran betapa pentingnya simpanan untuk hari tua," katanya dalam Laporan Kewangan KWSP bagi tahun 2020 pada Sabtu.
Sementara itu, KWSP turut memaklumkan sebanyak RM18.1 bilion simpanan telah dikeluarkan oleh 5.16 juta ahlinya menerusi Skim Pengeluaran Akaun 2 i-Lestari yang dilancarkan sebelum ini.
Selain itu, KWSP juga turut membenarkan ahli mengurangkan caruman wajib daripada 11 peratus kepada 7 peratus berkuatkuasa April 2020 sehingga Disember 2020.
Ia bagi membantu meringankan bebanan mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
KWSP hari ini mengumumkan dividen 5.20 peratus bagi simpanan Konvensional bagi tahun 2020 manakala 4.90 peratus untuk simpanan Shariah.
Sumber & Foto: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

"5 Sebab Duit KWSP Cepat Habis" - Pakar

gempak
05/06/2024
07:53 MYT
Menyelesaikan hutang pinjaman dan membiayai kos perubatan merupakan antara faktor duit simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kehidupan selepas bersara habis dalam tempoh singkat.
Gaya Hidup

Begini Cara Untuk Pindahkan Wang Ke Akaun 3 KWSP

gempak
13/05/2024
11:55 MYT
KWSP berkongsi sepotong video tutorial yang dapat memberikan gambaran yang lebih jelas menerusi sembilan langkah mudah.
Terkini

Apakah Itu Akaun Fleksibel? Ini Fakta & Cara Pengiraan Akaun Baharu Ahli KWSP

gempak
28/04/2024
11:55 MYT
Apa yang anda perlu tahu mengenai Akaun 3 KWSP
Viral

Individu Ini Kongsi Tips Simpan RM1 Juta Di KWSP Sebelum Cecah Usia 50 – “Semua Orang Boleh Buat”

gempak
06/03/2024
08:55 MYT
Berguna tips ni!
Berita

Zahid Hamidi Sahkan Tiada Lagi Pencen Untuk Penjawat Awam Baharu Tapi Perlu Carum KWSP

gempak
25/01/2024
08:29 MYT
Zahid Hamidi Sahkan Tiada Lagi Pencen Untuk Penjawat Awam Baharu