,
Viral

RM9,600, Hamizah Pemilik Tudung Termahal Di Batu Pahat! "Tudung Umpama Emas, Makin Lama Makin Naik Harga"

Amri Hassan
16/02/2020
06:29 MYT
Harus diakui, sifat semulajadi wanita memang sukakan sesuatu yang cantik dan kelihatan menarik.
Begitu juga tudung, selain fungsi utamanya untuk menjaga aurat, perihal tudung juga menjadi satu momento hingga ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit demi mendapatkan item yang dikehendaki.
Bagi Hamizah, memiliki dan menjual tudung jenis bawal yang termahal di daerah Batu Pahat dan Johor Bahru, Johor, adalah satu apresiasi baginya.
"Wanita suka benda cantik dan menarik, sama juga seperti aksesori. Jadi, memang ada yang sanggup berbelanja untuk tudung yang mahal.
"Membazir? Sebab bila minat sesuatu benda tu dan selesa dipakai, apa salahnya jika berkemampuan dan betul-betul minat kenapa tak pakai yang mahal ikut kehendak dan citarasa masing-masing," katanya kepada Gempak.
Hamizah atau nama sebenarnya Daeng Hamizah Abd Aziz, 33, yang memiliki dua buah butik Dhamizah by Bawal Exclusive di Johor itu menjual tudung serendah RM65 hingga RM9,600 sehelai.
Akui aspek keselamatan menjadi prioriti dalam perniagaannya, Hamizah yakin produk jualannya sentiasa dikawal rapi.
"Insya-Allah di butik ada penggera keselamatan dan kamera litar tertutup yang sentiasa memantau pergerakan keluar masuk.
"Malah, tudung yang mahal dan eksklusif dipamerkan di ruangan yang khusus dan terjamin selamat," katanya.
Jelas pemilik Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dari The Robert Gordon University, Aberdeen, Scotland itu akui nilai tudung sama seperti emas.
"Tudung ni, lagi lama lagi mahal tambah-tambah koleksi eksklusif yang tak dikeluarkan lagi.
"Ia akan menjadi vintage collection. Oleh itu juga, ada yang sanggup bayar mahal untuk rangkaian tudung eksklusif.
"Selain itu, ada juga wanita yang mula berjinak pakai tudung akan mendapatkan tudung preloved, yang semestinya ada keistimewaan tersendiri," ujarnya.
Hamizah mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan hijab sejak enam tahun lalu meskipun mempunyai kerjaya tetap di sebagai pemaju hartanah di Johor.
Butik Dhamizah by Bawal Exclusive menjadi antara Premium Resellerr Bawal Exclusive yang mencapai jualan jutaan ringgit setahun.
Hamizah juga pernah disenaraikan sebagai salah seorang personaliti 40 Under 40 pada tahun 2017 oleh majalah Prestige Malaysia.
Foto: Mohd Fauzi Ahamad (@fauziepop)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Hiburan

Kerap Kongsi Foto Bertudung, Fasha Sandha Rasa Diri Banyak Kekurangan - “Saya Faham Ramai Sukakan…”

gempak
12/11/2024
02:55 MYT
Perkongsian foto dan video di laman sosial memperlihatkan pelakon Fasha Sandha mengenakan hijab mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Hiburan

Tegur Ameera Khan Pasal Tudung, PU Riz Dapat Pujian Netizen -”Berhalus Tegur..Bagus”

gempak
11/11/2024
07:55 MYT
PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail menegur Ameera dengan lembut ketika adik iparnya itu menyelak tudung bagi menerangkan mengenai material jubah yang digayakannya.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Unitar