Pelakon Anzalna Nasir teruja berkongsi keputusan peperiksaan adiknya, Nazirah Nazir yang cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 untuk setiap semester.

Menerusi laman sosial Instagram, Anzalna memuat naik foto keputusan peperiksaan terbabit untuk tatapan umum.

“Adik perempuan saya @nazirahnasir97 tamatkan pengajian sarjana mudanya dengan empat pointer 4.0 berturut-turut. Road to PhD dia skip Master. Nanti saya suruh dia buat video macam mana dia boleh dapat keputusan macam ni,” tulis Anzalna di ruangan komen.

My sister @nazirahnasir97 ended her degree with four 4.0 in a row! Road to PHD dia skip master! Nanti I suruh dia buat video macam mana dia boleh dapat keputusan macam ni. Dont forget to subscribe our youtube channel. The Nasir’s.

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on


Difahamkan Nazirah, 23, atau panggilan manjanya, Maggie merupakan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya berkongsi kegembiraan melihat keputusan peperiksaan yang Nazirah perolehi serta memuji kebijaksanaannya dalam pengajian.

“Dia ni betul ke manusia? Saya rasa dia robotlah. Congrats Nazirah,” usik seorang wargamaya.

“Pergh, ini betul-betul minum air rebusan kertas nota ni. So brilliant,” puji seorang wargamaya.

“Tamat pengajian dengan pointer 4.0 memang rezeki jalan pintas untuk sambung PhD. Tahniah Nazirah Nasir, awak memang layak,” kata seorang wargamaya.

“Eh empat beradik ni memang dilahirkan dengan brain la. Dah la pandai, cantik pula tu. Combo terbaik,” komen seorang wargamaya.

“Memang tak silap pun dia kahwin awal. Kahwin awal pun keputusan tip top ye,” ujar seorang wargamaya.

“Bapa awak profesor kan? Kemana tumpahnya kuah kalah tidak ke nasi. Tahniah!” tulis seorang wargamaya lagi.

September lalu, Nazirah memilih untuk berkahwin pada usia yang awal bersama pasangannya, Umar Annuaar di sebuah hotel ternama di ibu kota.

Selain Anzalna dan Nazirah, adik-beradik mereka yang lain adalah Diana Nasir, Mia Nasir dan Afifah Nasir.