Mungkin sukar dibayangkan situasi apabila pelawak tempatan menemu bual pemain bola sepak bertaraf dunia tapi pengalaman itu dilalui sendiri, Jep Sepahtu hari ini.

Menerusi satu video yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, Jep berpeluang menemubual secara eksklusif dua bekas pemain legenda kelab Inggeris terkenal iaitu Robbie Fowler dan Paul Scholes.

Apa yang mencuri tumpuan netizen di media sosial adalah aksi Jep ketika bertanyakan soalan dan berinteraksi dengan dua pemain itu.

Dalam video itu, Jep meminta dua bintang itu untuk menyanyi satu lagu.

Adehh dia ajak borak pulakkk ? Dah la company sediakan soalan je tak sediakan pulak ape yg patut aku respon ?? @sinar_my #scholes #fowler #legend #haaatepok

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on


Bagaimanapun, Fowler kemudian meminta Jep sendiri untuk menyanyi sebuah lagu.

Jep secara spontan menyatakan dia meminati lagu Hello nyanyian Lionel Richie dan kemudian Fowler menyuruh Jep menyanyikan lagu tersebut.

Jep kelihatan lupa lirik sebelum membuat lawak sehingga Scholes tercenggang.

Aksi Jep bersama dua idola ramai itu turut menghiburkan netizen. Ada peminat yang memberikan ucapan tahniah pada Jep kerana berani melakukan temubual tersebut meskipun Jep kelihatan gementar untuk berbahasa Inggeris.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @jepsepahtu, @sinar_my