,
Laman Utama

“Rocker Atau Beruk? Kalau Rocker Tidak Begitu” - Awie

Shahrin Zulkifle
04/10/2022
07:43 MYT
Vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie menegaskan kepada semua kumpulan rock di Malaysia agar tidak menggunakan tiket sebagai band rock untuk bersikap ‘biadap’ ketika melakukan persembahan di atas pentas.
Jelas Awie, penyanyi band rock di Malaysia seharusnya memiliki adab yang tinggi dan tidak berbawa-bawa pengaruh rock luar.
“Berkenaan isu rockers yang bertindak tidak sopan di atas pentas itu bukan lesen untuk dia carut dan berkelakuan aneh ketika buat persembahan.
“Rock ini ada kategori-katergorinya, rock punk, rock death metal dan sebagainya. Yang berkelakuan aneh itu, rocker atau beruk? Kalau betul rocker, tidak begitu.
“Band di Malaysia ni kebanyakkannya Melayu dan kita ada adab, adab kita sangat tinggi.
“Rock memang ada attitude g*mpang tapi jangan ambil yang g*mpang,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Naga Kramat bertempat di Ascasa Hotel, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Tambah penyanyi berusia 53 tahun itu, dia turut mengingatkan kepada semua penyanyi band rock di Malaysia agar tidak terbawa-bawa masalah peribadi ke atas pentas.
“Saya seru kepada semua penyanyi band walaupun rock macam mana sekali pun jaga adab, kesian mak ayah kita yang ajar kita mengaji dan adab, kira hancurkan, kesian ibu bapa.
“Jangan mulakan sesuatu yang b*doh, carilah sesuatu dari sudut yang positif, dalam seni muzik macam-macam boleh dibuat.
“Saya dah 37 tahun nyanyi, rebel itu hanya diluar pentas, jangan bawa atas pentas, nanti satu dunia tahu.
“Kalau nak rebel boleh, tetapi melalui penulisan lirik, berkaryalah, luahkan dalam lirik bukannya dengan attitude buruk di atas pentas.
“Selagi beriman insyallah kita boleh kawal perkara itu,”tambahnya.
Terdahulu, vokalis sebuah tempatan menerima kecaman buruk susulan tindakannya meludah ke arah penonton ketika melakukan persemabahan pada sebuah konsert baru-baru ini.
Konsert Naga Kramat bakal berlangsung pada 22 Oktober depan dan memilih Zeep Kuala Lumpur sebagai lokasinya.
Tike konsert mula dijual secara atas talian di www.ticket2u.com.my/nagakramat. Harga tiket mengikut kategori bermula dari RM244 (Bujang Senang), RM274 (Amok), RM364 (Misteri Mimpi Syakila) dan RM574 (Taman Rashidah Utama).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wings Bakal Adakan Konsert Jelajah Di 49 Penjara, Awie Luah Hasrat Mahu Bertemu Yasin - “Saya Doakan Dia Tabah Dengan Apa Yang Berlaku”

gempak
02/10/2024
07:25 MYT
Penyanyi rock terkenal, Datuk Awie mendedahkan kumpulan Wings bakal mengadakan konsert jelajah ke-49 penjara terpilih tahun hadapan.
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Hiburan

Awie Mahu Kotakan Janji, Jaga Kesihatan Demi Keluarga - “Ada Anak Kecil, Kalau Saya Sakit…”

gempak
21/06/2024
02:57 MYT
Penyanyi Datuk Awie berkongsi mengenai perkembangan terkini keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.
Hiburan

Awie Anggap Bayaran Rendah Untuk Artis Veteran Satu Penghinaan - “Berilah Jumlah Wang Yang Selayaknya Kerana…”

gempak
22/04/2024
12:55 MYT
Bayar la ikut pengalaman...
Gegar Vaganza All Star

Awie Cabar Nabil Pinjam RM100 Dekat Tok Ram, Netizen Komen - “Amacam Haji, On Tak On?”

gempak
07/10/2023
11:55 MYT
On tak on Nabil? heheh
Unitar