HIBURAN
Ropie, Zarina Zainoordin, Ezu Hashim Turun Padang, Meriahkan Booth Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton Di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam
Membawakan konsep ‘Tengok Hari Ini Dan Esok Boleh Beli’, program realiti drama masak pertama di Malaysia, Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai masakan yang sudah dimasak dalam rancangan tersebut.
Bertapak di bazar ramadan Shah Alam, gerai Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton turut dimeriahkan dengan kehadiran watak utama iaitu Zarina Zainoordin dan Ezu Hashim serta tetamu undangan, Ropie.
Menurut Zarina yang melakonkan watak sebagai Sarimah, banyak yang dapat dipelajari sepanjang penggambaran dalam program realiti tersebut.
“Selama ini kita rasa susu Goodday itu hanya untuk minum tapi sebenarnya banyak kegunaan dan kelebihan susu Goodday bila digunakan dalam masakan. Bukan saja sedap tapi berkhasiat juga.
“Bila saya dalam program ini, sambil bekerja saya banyak juga belajar. Program ini pun sangat unik sebab ada drama, sebab itu penonton wajib tengok,” katanya kepada Gempak.
Manakala Ezu Hashim (Tuyah) pula menganggap Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton sangat menarik bukan sahaja dari segi tetamu jemputan malah cara masakan yang menggunakan susu Goodday.
“Kita dapat belajar memasak, sambil kita throwback watak-watak semua cerita dalam Astro. Macam Sarimah, Tuyah dan Che Ton. Tetamu jemputan kita pun pelakon yang hebat.
“Paling best sekali, menu yang kita masak dalam program itu nampak biasa tapi sangat istimewa terutama bila guna bahan masakan iaitu susu Goodday. Dalam masa sama, kita ajar penonton masak sedap dan berkhasiat,” ujarnya.
Zarina dan Ezu berkongsi perkara tersebut ketika sesi meet & greet di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam pada Sabtu lalu.
Program yang dikendalikan oleh Che Ton (Sherry Al-hadad), Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim) turut menanmpilkan watak-watak ikonik tanah air dari filem dan drama popular seperti Polis Evo (Zizan Razak), Kala Malam Bulan Mengambang (Datuk Rosyam Noor), Awan Dania (Scha Al-Yahya), Project : High Council (Naim Daniel) serta ramai lagi.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 1 Mac, 5.30 ptang, serta platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #DapurGoodday#MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, X, Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan, Stadium Shah Alam mulai 2 Mac sehingga 29 Mac.
Must-Watch Video