Pelakon Anzalna Nasir berkongsi kegembiraan apabila akhirnya telah lengkap mengambil dua dos vaksin Covid-19.

Menerusi satu posting di Instagram, Anzalna akui proses kali ini tidak seteruk dos pertama yang menyebabkan berlakunya drama ‘takut jarum’.

Pun begitu, menurut Anzalna, dia agak teruja apabila kesan dos vaksin kali ini membuatkan diri seperti penyanyi Thalia yang popular dengan watak Rosalinda.

“Tiada drama ‘takut cucuk’ kali ni sebab saya dah berani.

“Tetapi, selepas cucuk jadi lain macam. Suami pening kat sebelah sebab isteri berangan teruk.

“I can sing in many languages tapi sayangnya suara tak sedap maka ini sahaja yang mampu #JustForFun #IloveThalia #fullyvacccinated,” katanya berseloroh.

Sementara itu, menerusi ruang komen, rata-rata terhibur dengan gurauan dan jenaka Anzalna.

Malah, ramai juga yang menggelarkannya sebagai Rosalinda Malaysia!

Terdahulu. Anzalna akui gementar saat menerima dos pertama vaksin Covid-19 kerana terlalu takut dengan jarum.

Lebih melucukan, Anzalna memberitahu dia terpaksa ditemani suaminya, Hanif Zaki untuk ke pusat pemberian vaksinasi (PPV) baru-baru ini.

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan usahawan Hanif Zaki pada pada 21 Februari 2016.

Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata pertama, Mohamad Eidrees yang kini sudah berusia dua tahun.

BACA: “Macam Bapa Bawa Anak Pergi Cucuk!”- Takut Jarum, Anzalna Nasir Terpaksa Ditemani Suami

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)