Laman Utama

Roslan Shah Dedah Ugutan Bunuh Kamal Adli Diterima Pada Hari Perkahwinan, Tak Kesal Bawa Artis Ke Singapura

gempak
Shahrin Zulkifle
15/03/2023
03:00 MYT
Sponsor Banner
Roslan Shah Dedah Ugutan Bunuh Kamal Adli Diterima Pada Hari Perkahwinan, Tak Kesal Bawa Artis Ke Singapura

Sebelum ini pelakon Uqasha Senrose mendedahkan ada menerima mesej ugutan daripada seorang individu tidak dikenali untuk membunuh suaminya, Kamal Adli.

BACA: Uqasha Dakwa Ada Terima Mesej Ugut Bunuh Dari Individu Pukul Kamal - “Aku Mesti Seksa Dia Habis-Habisan”

Terbaharu, pengacara Roslan Shah mendedahkan mesej ugutan tersebut diterima pasangan itu pada hari majlis perkahwinan mereka pada 2021.

Kata Roslan atau mesra dengan sapaan Cik Lan, perkara itu dimaklumkan oleh salah seorang pekerja Uqasha dan Kamal kepadanya.

“Kami dimaklumkan oleh salah seorang admin (staf) Uqasha dan Kamal mengenai mesej ugutan tersebut yang diterima pada hari perkahwinan mereka.

“Namun, apa motif mesej tersebut dihantar oleh individu itu masih belum dapat dikenal pasti. Semuanya akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis,” katanya.

Dalam pada itu, sebagai pihak yang bertanggungjawab membawa pemeran drama Akira Khan itu termasuk beberapa selebriti Malaysia ke Singapura, dia tidak berasa kesal. Namun, berharap kawalan keselamatan akan diperketatkan selepas ini.

“Saya tidak rasa kesal pun sebab niat saya cuma bawa selebriti Malaysia ke sana mencari rezeki. Tiada siapa pun mahu kejadian tersebut berlaku dan ianya tidak disangka.

“Saya harap selepas ini pihak penganjur akan perketatkan keselamatan termasuk untuk peniaga dan pengunjung. Ada kemungkinan juga untuk mendapatkan khidmat pengawal keselamatan,” tambahnya.

Terdahulu, Uqasha memaklumkan mengenai suaminya, pelakon Kamal Adli mengalami kecederaan parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali ketika mereka menghadiri acara di Singapura pada malam Ahad.

Uqasha turut berkongsi satu tangkap layar mesej yang pernah diterima daripada lelaki berkenaan sebelum ini mengugut untuk membunuh Kamal.

Dalam pada itu, difahamkan Kamal kini dalam keadaan stabil selepas selamat menjalani pembedahan dan berada dalam kawalan pihak polis untuk membantu siasatan.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live