Uqasha Dakwa Pernah Terima Mesej Ugut Bunuh Dari Individu Pukul Kamal - "Aku Mesti Seksa Dia Habis-Habisan"
Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan bahawa individu yang memukul suaminya, Kamal Adli sehingga cedera parah sebenarnya sudah lama berniat untuk berbuat demikian.
Menerusi kemas kini di Instagram Stories, Uqasha berkongsi satu tangkap layar mesej yang pernah diterima daripada lelaki berkenaan sebelum ini mengugut untuk membunuh Kamal.
“Hey pesan sama Kamal Adli anj*ng tu, aku mesti bunuh dia.
“Aku mesti seksa dia habis-habisan ok. Semua anj*ng keparat,” tulis individu tersebut.
“Rupanya orang ini dah lama aim Kamal,” tulis Uqasha pada hantaran sama.
Bagaimana pun, punca individu tersebut menyasarkan Kamal sebagai subjek masih tidak diketahui memandangkan kes berkenaan masih dalam siasatan polis.
Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek di Instagram yang memaparkan dirinya sedang menangis di hospital dan memaklumkan suaminya telah diserang oleh seorang individu lelaki tidak kenali sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.
Menurut Uqasha, ketika kejadian mereka sedang melayani peminat di sebuah ekspo yang berlangsung di Singapura sebelum ada seorang lelaki yang mencari suaminya.
Bagaimana pun, dia menyangka lelaki tersebut merupakan peminat Kamal yang ingin mengajak bergambar bersama. Namun, secara tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan cota besi daripada poketnya sebelum bertindak memukul Kamal.
Difahamkan, Kamal kini sedang menerima rawatan di hospital Singapura dan terpaksa menjalani pembedahan.