Hiburan

Rosyam Nor Ambil Khasiat Durian Belanda Untuk Kekal Awet Muda

gempak
Syafiqah Jalal
28/04/2017
12:42 MYT
Sponsor Banner
Rosyam Nor Ambil Khasiat Durian Belanda Untuk Kekal Awet Muda
Pelakon Rosyam Nor akui masih menjaga tubuh dan mementingkan kesihatannya supaya kelihatan awet muda.
Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohamed Nor Shamsuddin, 50, berkata amalan meminum jus durian belanda dapat membantunya mengelak dari sebarang penyakit sekaligus sentiasa kelihatan segar.
"Bila orang tanya apa yang saya amalkan untuk kelihatan awet muda, saya boleh jawab saya banyak ambil khasiat daripada durian belanda.
"Saya jadikan daun durian belanda sebagai teh dalam minuman selain makan sendiri buahnya.
"Ramai orang tak tahu durian belanda banyak memberi kesan yang baik pada tubah badan kita kerana ia mengelak daripada seberang penyakit termasuk kanser.
"Bila tubuh badan kita sihat dan tiada penyakit secara tak langsung wajah kita juga nampak lebih segar dan muda.
"Selain itu, saya hanya minum madu setiap hari tanpa mengamalkan makanan tambahan," katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Rosyam yang dikenali sebagai hero malaya berkenaan memberitahu dia suka melakukan aktiviti berkebun untuk mendapatkan tubuh yang fit.
"Saya tidak pergi ke gym untuk bersenam atau sebagainya sebaliknya saya suka melakukan aktiviti berkebun.
"Badan juga dapat mengeluarkan peluh selepas berkebun dan rasa lebih segar," katanya lagi.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live