Suami kepada pelakon Anzalna, Hanif Zaki gembira apabila Hero Malaya, Datuk Rosyam Nor membeli kereta baru jenis pacuan empat roda daripada premis menjual kereta miliknya.

Hanif berterima kasih kepada Rosyam Nor kerana menyokong peniagaan anak muda sepertinya.

“Tailong sudah kena sengat. Terima kasih Datuk Rosyam yang menyokong anak muda berniaga, eh muda ke saya ni hehe

“Tak sampai seminggu, deal terus deliver highest spec of Triton Adventure X. My team and i always strive to give the best experience to our customers. Tahniah Datuk!” katanya

Hanif berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Hanif memuat naik video bersama Rosyam ketika pertama kali menerima keretanya.

Rosyam menerusi video tersebut akui berpuas hati dengan layanan Hanif dan pekerjanya sekaligus mempromosikannya.

Tailong sudah kena sengat. Terima kasih Dato @iamrosyam support anak muda berniaga, eh muda ke saya ni ? tak sampai seminggu deal terus deliver highest spec of Triton Adventure X. My team and i always strive to give the best experience to our customers. Congrats on your new Pick Up Truck Dato, Jazakallah. #MitsubishiTriton

A post shared by Hanif Zaki (@hanif_zaki) on