Laman Utama

Rosyam Nor Mengamuk? Peserta Hero Remaja 2021 Ada Yang Tidak Kental & Lemah?

Asraf Aided
11/09/2021
05:40 MYT
Program pencarian Hero Remaja 2021 akan membuka tirai dengan episod pertama malam ini.
Seperti diumumkan sebelum ini, menampilkan pelakon, pengarah dan penerbit popular Datuk Rosyam Nor selaku juri tetap bergandingan dengan Scha Alyahya.
Untuk episod malam ini, barisan 12 finalis Hero Remaja 2021 akan berhadapan cabaran mental dan fizikal.
Namun lebih menarik perhatian, dan mungkin 'menakutkan', Rosyam Nor dikatakan mengamuk dengan beberapa hero yang tidak kental dan lemah!
Hero manakah yang terlibat itu? Apa sebenarnya yang dilakukan mereka? Segalanya bakal terjawab malam ini.
Hero Remaja 2021 akan menemui penonton selama lapan episod pada setiap Sabtu, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Hero Remaja 2021 menampilkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar selaku pasangan hos menceriakan hujung minggu anda.
Berikut adalah senarai finalis pencarian Hero Remaja 2021 beserta umur dan negeri asal.
1) Afiq Hamidon (20, Selangor) 2) Alif Haiqal (21, Kuala Lumpur) 3) Amir Ahnaf (21, Terengganu) 4) Aryan Naim (24, Negeri Sembilan) 5) Aqil Taqee (22, Kuala Lumpur) 6) Farhan Nordin (23, Johor) 7) Fazziq Muqris (21, Selangor) 8) Ideen Azman (21, Melaka) 9) Mierul Aiman (23, Putrajaya) 10) Syazani Zainal (19, Selangor) 11) Zaid Erakad (23, Selangor) 12) Zaim Yazid (22, Selangor)
BACA: 12 Finalis Hero Remaja 2021 Diperkenal, Rosyam Nor & Scha Alyahya Duduk Di Kerusi Juri Tetap
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Kalau Muka Handsome Tapi Tak Ada Bakat, Tak Ke Mana Juga" - Rosyam Nor

gempak
09/07/2024
03:55 MYT
Pelakon versatil, Datuk Rosyam Nor, 57, menyifatkan bahawa karisma seseorang pelakon itu lebih penting berbanding rupa paras yang menarik.
Hiburan

“Saya Dulu Berlakon Macam 'Tahi' Juga” - Rosyam Nor Harap Pelakon Baharu Di Beri Peluang, Jangan Terus Main Kutuk

gempak
30/05/2024
08:30 MYT
Pelakon, Datuk Rosyam Nor berpendapat pelakon baharu harus diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang lakonan.
Hiburan

Bekas Guru Tingkatan Lima Rosyam Nor Hadir Malam Gala Filem, Imbas Kenangan Zaman Persekolahan! - "Dia Pernah Marah Aku ..."

gempak
23/05/2024
04:55 MYT
Bergelar seorang pelakon berkaliber, Datuk Rosyam Nor berkongsi tentang kata-kata seorang gurunya yang masih terpahat dalam ingatan.
Hiburan

"Kalau Saya Gagal Bawa Watak Cikgu Sunan, Habislah Karier Saya Sebagai Pelakon" - Rosyam Nor

gempak
22/05/2024
14:55 MYT
Memegang watak sebagai seorang guru menerusi filem Memoir Seorang Guru, pelakon berkaliber, Datuk Rosyam Nor mengakui ia merupakan cabaran besar dalam karier seninya.  Pemilik nama Mohamed Noor Shamsuddin, 57, itu berkata watak Sunan yang dibawa agak berat kerana mewakili individu penting dalam kalangan akademik.
Hiburan

"Macam Tengok Adik Beradik Membesar" - Hariz Hamdan Tumpang Gembira Lihat Meerqeen & Nadhir Nasar Berjaya

gempak
22/05/2024
07:55 MYT
Pelakon meningkat naik, Hariz Hamdan tidak menjadikan kejayaan rakan seperjuangannya sebagai salah satu persaingan di dalam industri seni tanah air.