Laman Utama

Rosyam Nor Timang Cucu Lelaki Pertama! – “Proses Panjang Selama 32 Tahun Tunggu Sang Hero...”

Fiza Kamarudin
16/11/2021
04:38 MYT
Pelakon Datuk Rosyam Nor, berkongsi rasa gembira dengan kelahiran cucu keempat dari anak perempuannya yang kedua, Nur Anis.
Lebih mengujakan, cahaya mata Nur Anis itu merupakan cucu pertama lelaki di dalam keluarga mereka.
Rosyam menerusi ruangan kapsyen hantaran terbaharunya hari ini berkata, dia dan isteri menanti kedatangan ‘sang hero’ ke dalam keluarga mereka sejak 32 tahun lalu.
“Alhamdulillah, lama sangat tunggu. Terima kasih Allah kerana kurnianMu. Hasil perkahwinan aku, dikurniakan lima anak perempuan, Alhamdulillah.
“Hasil perkahwinan anak sulung, Arniesha Azureen dikurniakan tiga cucu perempuan. Alhamdulillah. Proses panjang selama 32 tahun tunggu sang hero.
“Semalam anak aku Anis selamat melahirkan cucu lelaki! Yeay! Apa nama nak letak ni?,” kongsi beliau teruja.
Bayi lelaki seberat 2.81 kilogram itu selamat dilahirkan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Andorra, Seri Kembangan Selangor pada Isnin kira-kira jam 3.17 minit petang.
Nur Anis mendirikan rumah tangga dengan Hariz Zainal pada 20 September, 2019.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut iaitu sahabat industri dan peminat mengucapkan tahniah kepada Rosyam dan isteri, Datin Runika Mohd Yusof di atas kehadiran ‘sang hero’ ke dalam keluarga besar mereka.
Dalam perkembangan lain, Rosyam juga merupakan juri program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 yang sedang bersiaran secara ekslusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.
MLM 2021 dibawakan secara langsung dari Putrajaya Convention Centre (PICC), setiap Jumaat, 9 malam dan menampilkan Datuk AC Mizal sebagai hos.
Selain Rosyam, tiga lagi selebriti yang turut memanaskan kerusi juri ialah Uqasha Senrose, Noh Hujan dan Diana Danielle serta penampilan khas 'Sang Bara'.
Dalam pada itu, penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara “Backstage MLM 2021”, edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir MLM 2021.
Manakala penyampai radio GEGAR, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Cucu Perempuan, Harap Terima Hadiah Yang Ditinggalkan - “Kami Tetap Tidak Akan Berhenti Cuba Untuk…”

gempak
18/07/2024
03:25 MYT
Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza menitipkan ucapan selamat hari lahir kepada cucu perempuannya iaitu Ara Adreanna yang berusia empat tahun pada 18 Julai, Khamis.
Hiburan

"Kalau Muka Handsome Tapi Tak Ada Bakat, Tak Ke Mana Juga" - Rosyam Nor

gempak
09/07/2024
03:55 MYT
Pelakon versatil, Datuk Rosyam Nor, 57, menyifatkan bahawa karisma seseorang pelakon itu lebih penting berbanding rupa paras yang menarik.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Ulangtahun Buat Cucu - “Walaupun Kami Tak Dapat Jumpa..”

gempak
08/07/2024
06:00 MYT
Selepas kes kontroversi khalwat yang membabitkan aktor sensasi, Aliff Aziz dan aktres Ruhainies, setiap hantaran yang dibuat ibunya, Siti Hafiza Bashaharil pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

“Saya Dulu Berlakon Macam 'Tahi' Juga” - Rosyam Nor Harap Pelakon Baharu Di Beri Peluang, Jangan Terus Main Kutuk

gempak
30/05/2024
08:30 MYT
Pelakon, Datuk Rosyam Nor berpendapat pelakon baharu harus diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang lakonan.
Hiburan

Bekas Guru Tingkatan Lima Rosyam Nor Hadir Malam Gala Filem, Imbas Kenangan Zaman Persekolahan! - "Dia Pernah Marah Aku ..."

gempak
23/05/2024
04:55 MYT
Bergelar seorang pelakon berkaliber, Datuk Rosyam Nor berkongsi tentang kata-kata seorang gurunya yang masih terpahat dalam ingatan.