Laman Utama

Roy Sembuh Covid-19 – “Jagalah Diri Sebaik Mungkin Agar Tidak Dijangkiti, Saya Dah Rasa Hampir Putus Nyawa…”

gempak
Fiza Kamarudin
03/02/2021
20:08 MYT
Sponsor Banner
Roy Sembuh Covid-19 – “Jagalah Diri Sebaik Mungkin Agar Tidak Dijangkiti, Saya Dah Rasa Hampir Putus Nyawa…”
Penyanyi Roy, mengesahkan dirinya bebas COVID-19 dan sudah keluar dari hospital Sungai Buloh selepas seminggu dirawat dan menjalani tempoh kuarantin.
Berita tersebut dikongsi penyanyi Ratna Ku itu menerusi hantaran di laman sosial Facebook (FB) pada Rabu.
“Alhamdulillah saya dah discharge dari hospital dan dah pulih (negatif) dari Covid level 4, level Covid kedua merbahaya selain paru-paru kiri saya dijangkiti kuman (Pneumonia) 90%.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat di FB dan sahabat-sahabat, saudara mara dan peminat-peminat yang telah sudi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan saya.
“Dan juga bantuan-bantuan yang telah saya terima walaupun tidak saya minta tetapi telah diusahakan dengan bersungguh-sungguh oleh saudara mara, rakan-rakan dan juga dari rakan-rakan persatuan kesenian di atas simpati dan ambil beratnya mereka terhadap saya,” katanya.
Menerusi hantaran sama Roy turut berpesan kepada orang ramai agar menjaga diri masing-masing agar tidak dijangkiti virus berbahaya tersebut.
“Saya harap tuan-tuan dan puan-puan semua dapat jaga diri sebaik mungkin untuk tidak dijangkiti Covid-19. Saya dah rasa, memang masalah besar.
Hampir putus nyawa…Bila-bila boleh berlakju dan juga di mana-mana. Saya panjatkan doa kepada Allah SWT untuk kesejahteraan dan keselamatan tuan-tuan dan puan-puan semua,” katanya.
Dalam pada itu Roy turut mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Banting yang bertungkus lumus merawatnya.
“Saya ingin dedikasikan ucapan khas terima kasih tak terhingga kepada fronliners kita, staf hospital doktor, jururawat, pemandu ambulan di Hospital Banting dan Sungai Buloh yang telah bertungkus lumus menjaga dan mengubati saya selama saya berada di sana.
“Tahap kesabaran dan profesional mereka harus di puji setinggi-tingginya kerana tidak ada saya dengar keluh resah mereka ketika menjalankan tugas yang mungkin kita sendiri tidak mampu membuatnya.
“Mereka terus melemparkan senyum dan berkata dengan lembut walaupun dalam keadaan keletihan.
Ini yang saya alami. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa mereka semua,” kongsi Roy lagi.
Selain Roy, isteri, dua cahaya mata dan adik ipar yang menetap bersamanya turut disahkan positif COVID-19, minggu lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live