VIRAL
Rugi RM500,000, Pengasas Produk Kopi Tanpa Bancuh Serik Guna Khidmat Selebriti! - "Saya Tak Berniat Nak Aibkan Sesiapa Tapi ..."
Dalam dunia perniagaan, selebriti sering dijadikan duta produk bagi meningkatkan promosi dan jualan. Namun, tidak semua mampu memberikan komitmen yang sewajarnya, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengasas produk.
BERITA TRENDING: Artis Remaja Fikry Kiki Nafi Dibela Sugar Mummy Seksi, Modal Bisnes RM600,000 Usaha Keras Sendiri - "Saya Masih Ingat Dosa Pahala"
Terbaru, pengasas kopi tanpa bancuh Liquffe, Fadzil Ismail, meluahkan kekecewaannya terhadap beberapa artis dan pempengaruh yang dilantik sebagai wajah produk tersebut.BERITA TRENDING: "Saya Jual Kopi Tanpa Bancuh, Bukan Jual Tubuh" - Bulan Pernah Diajak Ke Ranjang Gara-Gara Pakai Seksi
Menurutnya, akibat kegagalan mereka menjalankan tugas seperti yang dipersetujui, dia mengalami kerugian kira-kira RM500,000."Bagi saya, pengasas produk dan selebriti sebenarnya saling memerlukan. Namun, saya rasa terkilan dan kecewa apabila selebriti yang saya percaya tidak melaksanakan tugasnya sebagai wajah Liquffe.
"Dalam masa yang sama, anggaran kerugian yang saya tanggung adalah kira-kira hampir RM500,000 akibat selebriti tidak melaksanakan tugasnya.
"Saya tidak berniat mahu mengaibkan atau memalukan sesiapa. Cuma, cukuplah apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat saya dan mungkin pengasas produk lain yang melalui situasi yang sama," katanya."Siapa artis itu, biarlah saya tidak umumkan di sini. Rasanya ada pihak media yang kenal artis itu yang sebelum ini terlibat secara langsung mempromosi produk Liquffe.
Serik
Disebabkan pengalaman pahit itu, Fadzil mengakui serik untuk menggunakan khidmat selebriti dalam mempromosikan Liquffe."Kalau ditanya serik atau tak, memang saya serik untuk guna khidmat selebriti. Saya tahu bukan semua selebriti cuai jalankan tanggungjawab sebagai wajah atau duta produk yang diwakilinya.
"Namun, buat masa ini biarlah saya sendiri turun padang mempromosikan produk kopi tanpa bancuh Liquffe ini. Siapa lagi nak promosi produk kita, kalau bukan kita sendiri.
"Bukan mudah untuk memulakan bisnes Liquffe ini. Macam-macam dugaan yang saya lalui. Ia tidak mudah yang dilihat. Hanya Allah yang tahu betapa 'sakitnya' saya untuk menghasilkan produk ini," ujarnya.
Bangkit semula
Walaupun berdepan cabaran besar, Fadzil tetap bangkit dan menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran serta motivasi untuk terus maju dalam tahun 2025."Dalam bisnes ini, saya tak boleh nak pandang ke belakang lagi. Apa yang jadi, biarlah berlalu dan saya mahu buka buku baru.
"Sejujurnya daripada hati saya, tiada sekelumit dendam pun terhadap selebriti itu. Apa yang dia pernah lakukan untuk Liquffe dulu, saya ucapkan terima kasih.
"Mungkin 'jodoh' bersama dalam bisnes ini tidak panjang tapi di luar kami masih boleh berkawan atau lepak. Kawan tetap kawan, cuma untuk bisnes saya sudah serik.
"Bisnes adalah bisnes. Jangan campur adukkan dengan urusan peribadi. Kami masih boleh berhubung sebagai kawan. Tiada masalah kerana tak berkat hidup apabila kita memutuskan silaturrahim," katanya.
Berkongsi mengenai Liquffe, Fadzil menegaskan bahawa produk kopi tanpa bancuh ini menggunakan bahan organik dan berasaskan tumbuhan, termasuk nektar kelapa yang terbukti baik untuk kesihatan.
Menurutnya, penyelidikan selama tiga bulan dijalankan untuk mendapatkan rasa kopi terbaik tanpa menggunakan gula putih, sebaliknya menggantikan dengan nektar kelapa.
"Kalau nak tahu, nektar kelapa ini mempunyai nutrisi yang tinggi seperti menstabilkan paras gula dalam darah, membantu melawan keradangan, meningkatkan metabolisme, bagus untuk kesihatan usus dan banyak lagi," jelasnya.
Must-Watch Video