Laman Utama
Ruhainies Tak Mahu Jaja Kisah Mr E Lagi - "Biar Saya & Keluarga Saja Yang Tahu"
Pelakon Ruhainies mengambil pendekatan untuk tidak terlalu mendedahkan kisah cintanya bersama jejaka yang dikenali sebagai Mr. E kepada khalayak umum.
Jelas Ruhainies, 28, kematangan membuatnya memilih keputusan untuk lebih mengutamakan perkongsian tentang kerjayanya.
"Saya banyak belajar sebenarnya. Mungkin dahulu saya sering berkongsi mengenai kekasih hati kerana dia merupakan cinta pertama saya.
"Tipulah kalau saya tak teruja dan gembira berkongsi rasa hati yang berbunga-bunga. Namun begitu, semakin menginjak usia, semakin saya sedar, ada perkara yang perlu saya simpan.
"Kini saya lebih selesa berkongsi perihal kerjaya dan perkara berkaitan bidang hiburan. Saya akan lebih berhati-hati," katanya.
Malah, Ruhainies juga enggan mengulas lanjut mengenai soal jodoh dan perkahwinan.
"Saya tak mahu ulas mengenai kisah cinta dan jodoh. Biar saya dan keluarga sahaja tahu. Saya serahkan kepada Allah kerana Dia lebih tahu.
"Apa yang saya boleh katakan, saya tak terikat dengan sesiapa. Doakan saya dikurniakan jodoh yang terbaik.
"Selagi saya belum berkahwin, selagi itu saya akan memberi fokus kepada kerjaya dan bisnes yang bakal saya ceburi selepas ini," katanya kepada Harian Metro.
Dalam perkembangan lain, Ruhainies bakal membintangi siri original iQiyi, Sori Naik Lori bersama Nazim Othman. Karya bergenre komedi romantik itu bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.
Must-Watch Video