Laman Utama
Rumah 'Ajaib' Selamat Daripada Dijilat Api, Ini Fakta Tentang Kediaman Berusia 100 Tahun Itu
Tular gambar di laman sosial menunjukkan 'keajaiban' apabila sebuah rumah tidak terjejas walaupun kawasan kejiranan di sekelilingnya musnah akibat kebakaran di Maui dekat Hawaii, Amerika Syarikat (AS).
BBC melaporkan, rumah kayu berusia 100 tahun di Front Street itu masih utuh berdiri biarpun bandar Lahaina musnah, hingga pemiliknya sendiri hairan bagaimana ia boleh berlaku.
Difahamkan, pemilik rumah berbumbung merah itu dalam perjalanan ke Massachusetts ketika mendapat tahu berita kebakaran itu.
Lelaki dikenali sebagai Milikan dan isterinya itu juga menyangka keseluruhan kawasan kejiranan musnah dalam kebakaran.
Ajaibnya, rakaman udara keesokan hari menunjukkan rumah mereka masih utuh. Ini fakta tentang rumah berkenaan:
#1 Berdasarkan laporan BBC, pasangan itu membeli kediaman berusia 100 tahun itu yang pernah menjadi penempatan kakitangan sebuah ladang gula.
#2 Menurut pasangan berkenaan, rumah itu rosak, jadi mereka berusaha untuk membaik pulihnya. Mereka memberitahu media tempatan yang pengubahsuaian dilakukan menyelamatkan rumah berkenaan.
#3 Antara inisiatif dilakukan adalah menukar bumbung asfalt dengan bahan diperbuat daripada sejenis logam
#4 Tuan rumah meletakkan batu sungai di sekeliling rumah dan membuang tumbuhan di sekitar kediaman itu ketika proses pengubahsuaian
Bagaimanapun, tiada satu pun daripada tindakan itu bertujuan untuk menghalang kebakaran.
Menurut laporan media, kira-kira 850 individu masih hilang.
Kebakaran itu memusnahkan sebahagian besar bandar Maui yang bersejarah iaitu Lahaina dan dianggap sebagai bencana alam terburuk dalam sejarah Hawaii.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video