Laman Utama
Rumah Baru Raffi Ahmad Ada Lif Khas Untuk Kenderaan
Pasangan selebriti Indonesia yang menerima gelaran Sultan (kaya raya), Raffi Ahmad dan Nagita Slavina kini dalam proses membuat kediaman dalam kawasan perumahan mereka, Kompleks Andara.
Apa yang menarik perhatian adalah mengenai harga yang diperuntukkan untuk membina kediaman tersebut. Pasangan yang sedang menanti kelahiran anak kedua itu dipercayai menghabiskan sekitar RM400 juta untuk mendirikan kediaman baharu tersebut.
Menerusi laporan Kompas, kediaman baharu Raffi dan Nagita dilihat sudah separuh siap. Hal itu diketahui menerusi tayangan dalam saluran YouTube Rans Entertainment baru baru ini selepas Raffi mengajak Nagita meninjau proses pembangunan rumah tersebut.
Dalam konten tersebut, terlihat bebeerapa bahagian kediaman yang sudah dibangunkan, antaranya ruang tamu, bilik dan basement.
Sewaktu meninjau bahagian basement, Raffi bercakap mengenai lif yang disediakan khas untuk kenderaannya.
"Lif ini boleh muatkan dua kenderaan sekaligus," katanya.
Raffi malah mengatakan ruang basement yang luas itu boleh memuatkan sehingga 10 kenderaan pada satu satu masa.
"Jadi boleh masuk 1,2,3,4. Sebenarnya kalau diparkir dekat-dekat, 8 kenderaan boleh masuk. Mungkin boleh parkir 10 (kenderaan),", katanya lagi.
Sementara suaminya bercakap mengenai lift dan kenderaan, Nagita mengingatkan Raffi agar jangan terlupa mengenai ruang pengudaraan yang baik diperlukan pada bahagian tersebut.
Instagram: @raffinagita1717
Must-Watch Video