Pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella bakal mendiami rumah baru tidak lama lagi.

Memetik laporan media di Indonesia, rumah tersebut masih belum siap menjalani proses pengubahsuaian setakat ini.

Difahamkan, Laudya juga ada berkongsi beberapa foto kediaman mewah itu menerusi Instagram Stories baru-baru ini.

"Masih dalam proses," tulisnya ringkas mengenai keadaan terkini rumahnya itu.

Terdahulu, Laudya didakwa mahu menjual kediaman mewah yang didiami bersama bekas suaminya, Engku Emran selepas mereka berpisah pada 1 Julai lalu.

Kediaman yang berharga sekitar RM3.6 juta itu terletak di Jakarta, Indonesia dan telahpun dijual secara rasmi.

Sumber : liputan6.com