Berita
Rumah Terbakar, Keriangan Aidilfitri 1,000 Penduduk Tawau Bertukar Suram
Keriangan Aidilfitri bertukar suram apabila dianggarkan lebih 250 buah rumah setinggan membabitkan lebih 1,000 penduduk di Kampung Hidayat Batu 4, Jalan Apas, Tawau Sabah musnah dijilat api.
Menurut kenyataan akhbar Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah (JBPMS), kebakaran tersebut melibatkan anggaran keluasan rumah 100x100 persegi yang dibina atas air.
Kebakaran berlaku pukul 3 petang pada Sabtu di mana seramai 30 anggota JBPM daerah Tawau dan dibantu oleh anggota JBPM Semporna dan Kunak.
Pihak JBPM menghadapi kesukaran untuk memadamkan api berikutan tekanan air yang rendah dan faktor jarak antara rumah yang dibina agak rapat.
Jumlah sebenar rumah yang musnah, punca kebakaran, serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video