Siapa sangka, tidak ada sebarang khabar angin dalam diampenyanyi Ariff Bahran telah mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita bernama Amirah Syazwani sejak tiga bulan lalu.

Wakil pengurusan Rusa Music berkata, Ariff atau nama sebenar Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 23, selamat disatukan dengan Amirah di Jabatan Agama Islam Shah Alam, Selangor pada 3 September lalu.

Berita perkahwinan itu diumumkan oleh Ain Edruce semasa mengacarakan malam Anugerah Drama Sangat 2021.

Ain membuat penjelasan itu selepas Ariff dilihat mencium dahi seorang wanita semasa menyanyikan lagu Bicara Rasa bersama rakan duet, Sarah Suhairi.

Menerusi platform sosial media, rata-rata terkejut dengan perkhabaran tersebut.

Terdahulu, Ariff pernah dikaitkan mempunyai ikatan cinta dengan penyanyi Sarah Suhairi. Namun, masing-masing menafikan tentang gosip berkenaan.