Laman Utama

Rupanya Dah 3 Tahun Dottie Cerai - "Buat Masa Sekarang Saya Nak..."

gempak
Syafiqah Jalal
27/08/2023
15:20 MYT
Sponsor Banner
Rupanya Dah 3 Tahun Dottie Cerai - "Buat Masa Sekarang Saya Nak..."
Pelakon Dottie mengakui sudah bercerai dengan bekas suami iaitu Mohd Haffis Abu Hassan sejak tiga tahun lalu.
Kata Dottie atau Nor Syuhaida Abd Razak, 35, dia sudah 'move on' dan tidak mahu lagi mengingati kisah perkahwinan lalu.
“Iya saya dah cerai tiga tahun lalu. Saya pun tak ingat secara terperinci. Benda tak best, tak perlu ingat,” kongsinya ringkas.
Dottie mendedahkan perkara itu ketika hadir di majlis Anugerah TikTok Malaysia 2023 yang berlangsung pada malam Ahad.
Spekulasi hubungan rumah tangga Dottie sudah berakhir mula diperkatakan apabila dia tidak lagi memuat naik gambar bersama suami di media sosial.
Pun begitu, Dottie memberitahu dia belum bersedia untuk mencari pengganti dalam masa terdekat.
“Tiada orang bertanya. Jadi saya pun tak bercerita.
“Buat masa sekarang saya nak bergembira dulu. Belum sedia nak cari pengganti,” jelasnya.
Bercakap tentang kerjaya lakonan pula, Dottie memberitahu kerjaya agak sedikit perlahan dan kini beralih ke dunia media sosial seperti TikTok.
“Kerjaya lakonan agak slow sikit. Tiada banyak tawaran. Sebab itu saya beralih kepada TikTok.
“Sekarang ramai persaingan baru. Jadi saya belajar cari peluang baru,” jelasnya.
Dottie bergelar isteri kepada Mohd Haffis Abu Hassan pada 25 Disember 2016 dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
BACA: Jarang Upload Gambar Bersama Suami, Dottie Didakwa Sudah Bercerai?​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024