Tidak banyak syarikat yang terbuka menerima orang kurang upaya (OKU) sebagai kakitangan. Jika ada pun, mungkin dalam jumlah yang sedikit.
Namun, hal itu tidak berlaku pada pasaraya Mydin. Menerusi satu rajutan ciapan yang diterbitkan oleh Dr Kamarul Ariff Nor Sadan, pempengaruh bidang perubatan itu mendedahkan tentang bagaimana pasaraya Mydin sangat mengalu-alukan pekerja OKU untuk bekerja di syarikat mereka.
Kalau korang nak tahu, sehingga hari ini MYDIN dah ada seramai 66 staff OKU tau! https://t.co/w1uTVWWdzr