Skip to main content

Berita Tempatan

Rusia Berjaya Lengkap Uji Kaji Vaksin COVID-19 Kali Kedua

covbefunky-collage-(1).jpg
Penularan wabak COVID-19 masih berada di tahap yang membimbangkan bagi masyarakat dunia.

Terbaru, negara Rusia dilaporkan sudah berjaya melengkapkan ujian klinikal kedua bagi vaksin COVID-19 ke atas 19 individu.

Menurut ketua kajian di Universiti Sechenov, Smolyarchuk berkata, individu yang disuntik vaksin perlu dimasukkan ke hospital selama 28 hari.

Hasil ujian mendapati, individu yang terlibat berjaya membina imuniti terhadap wabak berkenaan.

Namun setakat ini, masih tiada maklumat terperinci mengenai tindakan selanjutnya yang akan dilakukan oleh pihak mereka.







Difahamkan, ujian tersebut merupakan kali yang kedua selepas negara itu melakukan ujian pertama di Hospital Tentera Burdenko sebelum ini.

Individu yang terlibat dalam uji kaji tersebut akan dibenarkan keluar dari hospital bermula hari ini.

Sumber : India Times
 

Must-Watch Video

Advertisement