,
Hiburan

Ryan Seacrest Hos Baharu Wheel Of Fortune

Gempak
10/09/2024
16:00 MYT
Buat pertama kali dalam sejarah hampir 8,000 episod, program kuiz popular antarabangsa, Wheel of Fortune tidak lagi dibuka dengan ungkapan 'hello' daripada hos Pat Sajak.
Sebaliknya, bermula semalam, personaliti tersohor Hollywood, Ryan Seacrest memikul tanggungjawab itu selepas 41 tahun Sajak mengendalikannya.
Seacrest menyertai program itu bersama-sama rakan penyampai Vanna White.
Seacrest sebelum ini menempa kemasyhuran sebagai pengacara program popular American Idol.
"Saya masih tidak percaya nasib saya berada di sini bersama anda malam ini untuk meneruskan legasi persembahan yang luar biasa ini dengan anda semua, dan, sudah tentu, kawan baik saya Vanna White," kata Seacrest semasa membuka rancangan itu.
“Terima kasih atas sambutan yang sangat hangat.”
Sebelum kuiz dimulakan, Seacrest berkata, dia mengakui sangat terkesan dengan persaraan Sajak pada penghujung musim ke-41.
“Hos Wheel of Fortune adalah pekerjaan impian. Saya peminat rancangan ini sejak kecil menontonnya di Atlanta bersama keluarga, dan saya tahu betapa istimewanya Wheel berada di ruang tamu anda sejak 40 tahun lalu,” katanya.
"Saya amat bersyukur kerana dijemput masuk. Saya juga tahu saya mempunyai tugas yang sangat besar untuk dipikul."
Dalam episod pertamanya, Seacrest membawa semangat yang bertenaga dan sifat klasiknya yang suka berjenaka.
Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Cipta Sejarah, Produksi American Idol Bersiaran Dari 40 Lokasi

gempak
28/04/2020
16:33 MYT