VIRAL
Saaih Halilintar Beli Rumah 12 Tandas, Lengkap Lif, Harga Jutaan Ringgit Secara Tunai
Nama adik YouTuber terkenal, Atta iaitu Saaih Halilintar sedang menjadi bualan hangat selepas mempamerkan kejayaan baharunya iaitu membeli kediaman di media sosial.
BERITA TRENDING: Bapa Atta Halilintar Kata Sentuh Menantu Perempuan Tak Batal Wuduk, Warganet Tanya Betul Ke?
Antara hal yang menjadi bualan ramai adalah kemewahan kediaman yang bak istana dan hiasan dalamannya yang cukup elegan.Menerusi perkongsian video dan foto yang dipamerkan dalam Instagram miliknya, Saaih memberitahu kediaman tiga tingkat tersebut mempunyai sembilan bilik tidur dengan 12 tandas.
Selain itu kediaman yang terletak di Pondok Indah, Jakarta itu juga dilengkapi lift.
Ramai yang ingin mengetahui berapa harga kediaman mewah yang berjaya dibeli pada usia Saaih yang baru mencecah 22 tahun.
Menurut ejen hartanah yang membantu Saaih mendapatkan kediaman tersebut, jejaka itu membeli rumah idamannya secara tunai.
“Harga buka beli kediaman itu RM3.3 juta. Namun saya tidak boleh memberitahu berapa harga akhir yang disepakati mereka.
“Cuma Saaih membeli kediaman ini secara tunai,” ujar ejen tersebut seperti dilaporkan Detik.com.
BERITA TRENDING: Ibu & Bapa Atta Halilintar Didakwa Gila Gelaran, Bengang Anak Tidak Dipanggil Haji
Must-Watch Video