Viral
Sadis! Tercucuk Sampai Anak Tekak, Pelajar Sekolah Dipaksa Makan Roti Berduri
Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pelajar sekolah Indonesia dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital setelah dipaksa makan roti yang dipenuhi duri.
Menerusi video yang dikongsi oleh akaun @MALAYSIAVIRALLL menunjukkan pelajar perempuan tersebut diperiksa oleh seorang doktor di Hospital RSUD Dr. Chasbullah Abdulmadjid, Bekasi City.
Dibuli rakan sendiri
Memetik laporan daripada @info.negri, kejadian menyayat hati ini melibatkan seorang pelajar yang dibuli oleh rakannya sendiri.
Advertisement
Pelajar tersebut dipercayai dipaksa untuk makan roti yang telah diisi dengan duri, yang menyebabkan kecederaan pada bahagian dalam mulutnya.
Video yang tular itu pertama kali dikongsi oleh seorang jururawat bernama Elyanda Fitria, yang turut merakamkan proses rawatan pelajar tersebut.
BERITA TRENDING: Ayah Da'i Syed 'Bersuara' - "Kami Dah Letih Nak
BERITA TRENDING: Pemandu Lamborghini Saman Majlis Bandaraya Selepas Kereta Kena Saman
BERITA TRENDING: Tular Video Hafiz Suip Bertengkar Di Jalan Raya Dengan
BERITA TRENDING: Abang Sado JPJ First Time Masuk Perbarisan Hari
Menurut Elyanda, duri yang berada di dalam roti itu tertusuk pada bahagian belakang mulut dan kedudukannya melintang menyebabkan kesakitan kepada mangsa.
Pasukan perubatan di hospital terpaksa bekerja keras untuk mengeluarkan duri tersebut dengan berhati-hati.
“Saya benci kepada pembuli dan mereka yang membiarkan perkara seperti ini berlaku,” kata Elyanda dalam video yang dimuat naiknya.
Walaupun trauma yang dialami, Elyanda memuji keberanian pelajar itu yang memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses rawatan.
“Pada mulanya, dia tidak berhenti menangis, jelas sekali dia tertekan, tetapi dengan pujukan lembut, kami berjaya menenangkannya dan akhirnya duri itu dikeluarkan dengan cermat,” tambahnya.
Insiden ini mengundang reaksi pelbagai daripada netizen yang mengecam tindakan buli yang semakin menjadi-jadi.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai warganet meluahkan rasa marah dan kekecewaan terhadap sikap pembuli tersebut.
“Semoga binasalah manusia yang suka membuli orang.
“Apa kejamnya pembuli itu.
“Kurang ajar sangat pembuli itu,” komen beberapa netizen.
Must-Watch Video