HIBURAN

SAH Entertainment, Universal Music Malaysia Umum Senarai Konsert 2025! Bermula Dengan Ernie Zakrie, DOLLA & Insomniacks!

Mya Amri 25/02/2025 | 16:55 MYT
SAH Entertainment terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik dengan menjalinkan kolaborasi ekslusif penganjuran tiga konsert mega.

Paling istimewa konsert tersebut membabitkan artis popular tanah air di bawah naungan label terkemuka Universal Music Malaysia, iaitu Ernie Zakri, DOLLA, dan Insomniacks.

Konsert ini bukan sahaja memperlihatkan kehebatan muzik tempatan, malah membawa pengaruh industri hiburan Malaysia ke peringkat yang lebih besar, termasuk ke Singapura.

Menurut penganjur utama bagi ketiga-tiga konsert iaitu Sufi Rashid, usaha ini adalah langkah strategik dalam memberikan lebih banyak peluang kepada artis berbakat untuk menyerlah di pentas antarabangsa.

"SAH Entertainment berbesar hati dapat membawa nama-nama besar seperti Ernie Zakri, DOLLA, dan Insomniacks ke pasaran yang lebih luas.

“Kerjasama dengan Universal Music Malaysia juga menjadi pemangkin dalam usaha menaikkan martabat seni suara negara,” jelasnya.

Tambah Sufi, dengan pemilihan venue ikonik seperti Capitol Theatre di Singapura dan Zepp Kuala Lumpur, SAH Entertainment memastikan setiap konsert menawarkan pengalaman muzik yang luar biasa dengan suasana lebih eksklusif serta teknologi audio dan visual yang canggih.

“Kami berharap usaha kerjasama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang bagi memastikan lebih ramai artis berbakat berpeluang untuk beraksi di pentas yang lebih besar,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim, pula berkata kerjasama strategik dengan SAH Entertainment ini memberi tumpuan untuk mengembangkan bakat artis yang menjadi fokus utama mereka tahun ini iaitu Ernie Zakri, DOLLA dan Insomniacks

“Untuk mencapai peminat muzik serumpun di rantau ini. Bersama SAH Entertainment yang mempunyai rekod prestasi yang baik dalam menganjurkan beberapa konsert baru-baru ini termasuk konsert solo ‘sold-out’ Ernie Zakri yang pertama di Kuala Lumpur.

“Kami yakin gandingan kekuatan kreatif kedua pihak dapat mencipta platform yang luar biasa untuk ketiga-tiga artis di rantau ini.

“Inisiatif ini bukan sahaja akan menyumbang kepada pembangunan ekosistem kreatif yang berkembang maju di Asia Tenggara, tetapi juga memupuk pertumbuhan komuniti muzik di rantau ini yang semakin di dorong oleh khalayak muda, sosial dan mudah alih,” jelasnya.

Berikut merupakan jadual konsert SAH Entertainment 2025:

31 Mei 2025 – Ernie Zakri Live in Singapore (Capitol Theatre, Singapura)

17 Ogos 2025 – Dolla Live in Singapore (Capitol Theatre, Singapura)

12 Julai 2025 – Insomniacks Live in Kuala Lumpur (Zepp Kuala Lumpur)

17 November 2025 – Insomniacks Live in Singapore (Capitol Theatre, Singapura)

Peminat boleh mengikuti laman media sosial rasmi SAH Entertainment bagi mendapatkan maklumat terkini serta pembelian tiket.

#Konsert #Ernie Zakri #Universal Music Malaysia #Insomniacks #DOLLA #SAH Entertainment