,
Laman Utama

Saif Ali Khan Ramal Dunia Akan Kembali Normal Jika Semua Manusia Suntik Vaksin

Maliah Surip
13/12/2021
12:50 MYT
Pesohor Bollywood, Saif Ali Khan berkongsi perasaannya mengenai pandemik COVID 19 yang masih membelenggu dunia.
Secara berterus terang, dia mengakui terkesan dan berasa takut dengan virus yang telah melumpuhkan banyak aktiviti termasuk pekerjaannya sebagai seorang aktor.
Namun Saif mengingatkan dirinya untuk tidak merungut kerana sekurangnya dia masih punya pekerjaan dan keluarga berbanding orang lain.
“Pandemik memang sangat menakutkan dan menyedihkan. Tapi saya tidak mahu merungut kerana masih mempunyai keluarga dan pekerjaan.
“Saya berasa bersalah untuk bercakap tentang isu ini kerana tahu ada ramai yang diluar sana menempuh kehidupan lebih sukar dari saya,” katanya seperti dipetik dari The Hindustan Times.
Namun demi kelangsungan hidup dan ‘mengalahkan’ virus tersebut, Saif tetap keluar bekerja dan cuba menjalani kehidupan seperti biasa mengikut norma baharu.
“Tak ada siapa yang mahu melakukan kerja atau menjalani penggambaran dengan dikelilingi oleh 150 orang misalnya memakai pelitup muka di dalam sebuah bilik.
“Tapi kadang kala, anda terpaksa,” katanya mengenangkan perjalanan membuat penggambaran saat pandemik.
Saif kemudian menambah: “Saya menjalani penggambaran filem Bhoot Police. Penerbit terpaksa menyewa penerbangan khas untuk kami terbang ke set di Himachal Pradesh.
“Ia sangat mengharukan dan selesa, ya sesekali berasa seronok untuk keluar dari ‘rumah’.”
Katanya lagi, dia juga melalui pengalaman menjalani penggambaran naskhah Adipursh tetapi terpaksa tertangguh dan kembali penggambaran dan ditangguh lagi beberapa kali kerana lockdown.
“Saya amat berharap dunia akan kembali pulih walaupun saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu mentafsirkan situasi yang normal akan menjadi seperti apa.
“Saya dapat rasakan ada banyak perkara yang akan berubah selepas ini. Sehingga semua orang mengambil suntikan vaksin, saya tidak rasa dunia akan kembali normal,” tutupnya.
Instagram: @actorsaifalikhan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Masalah Saya Sekarang Ni ..." - Sara Ali Masuk Kelas Lakonan Demi Filem Bisikan Dosa

gempak
01/11/2024
12:55 MYT
Pelakon Sara Ali sanggup mengambil kelas lakonan untuk mempersiapkan dirinya bagi menjalani pengambaran filem Bisikan Dosa.
Hiburan

Fizi Ali Dedah Wajah Anak Ketiga, Pilih Nama Nurraisya Sofea - "Semoga Membesar Dengan Baik Ya Sayang"

gempak
26/08/2024
12:07 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali akhirnya tampil berkongsi wajah puterinya di platform Instagram.
Berita

Mpox Bukan Covid-19 Baharu - WHO

gempak
21/08/2024
12:55 MYT
Penularan mpox atau cacar monyet yang semakin membimbangkan bukanlah satu lagi Covid-19.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

Ali Puteh Langsai Hutang Hidayah, Harap Tiada Isu Berbangkit! - "Mohon Maaf Lambat Bayar Sebab..."

gempak
03/03/2024
02:00 MYT
Pelawak, Ali Puteh akhirnya selesai melangsaikan hutangnya kepada balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Hamzah yang berjumlah sebanyak RM 72,4990.
Unitar