Laman Utama

Sajat Dah Malas Nak Live Di TikTok Tapi Ramai Tak Setuju - “Jat Tahukan Makcik Bawang Ramai Dekat Facebook?”

gempak
Mya Amri
27/12/2022
05:22 MYT
Sponsor Banner
Sajat Dah Malas Nak Live Di TikTok Tapi Ramai Tak Setuju - “Jat Tahukan Makcik Bawang Ramai Dekat Facebook?”
Usahawan dan pempengaruh kontroversi, Nur Sajat memaklumkan dia kini kurang berminat untuk membuat siaran langsung di platform TikTok.
Sebaliknya kata Sajat, dia mahu memberikan fokus dan mengaktifkan kembali akaun Facebook miliknya seperti dahulu.
“Hi semua, ramai yang tanya Sajat kenapa tak buat live dekat TikTok, buat kalian semua, saya dah malas nak buat live sangat.
“Sekarang saya hanya mahu melakukannya dengan kembali secara asas, saya mahu hidupkan kembali dunia Facebook.
“Sajat akan rajin buat live dekat Facebook selepas ini. Rajin-rajin tengok live kita ya. Lepas ni akan ada banyak hadiah nak bagi dan Sajat akan buat live di kedai Sajat,” maklumnya.
Makluman itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi pengikutnya (followers) yang rata-ratanya berpendapat TikTok adalah platform terbaik untuk melakukan siaran langsung.
Antara komen yang diterima:
“Janganlah Jat, Facebook banyak yang toksik, stress kau nanti,”
“Facebook banyak makcik-makcik bawang, lagi stress nanti,”
“Jat, tahu kan pakcik makcik bawang banyak dekat Facebook?”
“Facebook ramai makcik bawang Jat, TikTok lebih baik Jat,”
Terdahulu, Sajat yang kini berada di Australia merupakan antara pempengaruh yang aktif di platform TikTok dan sering menghiburkan pengikutnya dengan telatah lucu.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live