,
Laman Utama

"Sakit Hati Sebab Saya Pernah Alami..." - Fazura Terkesan Insiden Family Dihalau Keluar Pesawat Sebab Anak Menangis

Amri Hassan
28/05/2023
03:55 MYT
Pelakon jelita Nur Fazura meluahkan rasa kecewanya terhadap insiden yang membabitkan sebuah keluarga yang difahamkan dihalau keluar dari pesawat disebabkan anak menangis baru-baru ini.
BACA: Fazura Kongsi Insiden Berdepan Penumpang Biadab Dalam Kapal Terbang! - "Fatima Baru 2 Tahun, Sepupu Dia Autistik"
Fazura yang pernah melalui situasi seakan-akan sama ketika membawa anak sulungnya, Fatima menaiki kapal terbang sebelum ini bagaimanapun mendapat layanan baik dari anak kapal.
"Sangat terkesan dengan isu ini. Sangat sakit hati sebab Faz pun pernah mengalami situasi ini dengan Fatima dulu tapi pihak airline tetap berikan infant belg.
"Bukan setakat itu je, siap bagi coklat dan colouring book, walaupun Faz dan suami dah sediakan juga.
"Kesian baby tu, umur pun lebih kurang Fatima. Maybe dia takut nak duduk kat seat sendiri dalam aircraft, rasa lebih safe duduk kat mommy dia. Kesian sangat!
"Faz pun faham sangat apa parents dia rasa. Harap mereka tabah," tulisnya menerusi hantaran di Instagram pada Sabtu.
Justeru, Fazura tampil mempersoalkan tindakan terbabit dan menegaskan ia tidak boleh diterima.
"Betul ker baby tu menangis 20 minit berterusan tanpa belas kasihan dan kerjasama dari airlines sehingga keluarga itu diminta keluar pesawat?
"Simply unacceptable, because most of us have love and compassion," tambahnya.
Baru-baru ini tular sepotong video seorang bapa melalui detik memalukan dihalau keluar ketika menaiki penerbangan sebuah syarikat tambang murah negara.
Ini disebabkan anak bongsunya yang baru berusia dua tahun tidak mahu duduk di kerusi pesawat ketika kapal terbang hampir berlepas.
Dikatakan kanak-kanak terbabit menangis hampir 20 minit ketika proses perlepasan mengakibatkan ketua kru kabin mengarahkan supaya anak kecil terbabit duduk di kerusi dengan nada keras.
Sebagai solusi, bapa kepada kanak-kanak berkenaan meminta tali pinggang keselamatan tambahan bagi membolehkan anak kecil itu diletakkan di pangkuannya tetapi pihak anak kapal enggan berbuat demikian atas alasan polisi syarikat perlu dipatuhi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.