Pelakon Zarina Zainuddin, 52, mengaku menjalani pembedahan bariatrik selepas keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

Kata Zarina kenaikkan berat badannya telah mengundang pelbagai penyakit sehingga dia disarahkan untuk mekakukan rawatan berkenaan untuk menjaga kesihatan.

“Kebaikkannya nak kawal makan semua saya nampak sedap sampaikan tumit dan lutut saya sakit tak tahan rasanya saya ni banyak berdiri ke sana ke sini ..

“Ya Allah baru saya tahu saya ni dah start ada penyakit .. Insya-Allah demi kesihatan saya akan sihat semula tolong doakan saya cepat sembuh,” katanya.

Zarina berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu dia memuat naik foto serta video ‘live’ selepas menjalani pembedahan itu semalam.

“Allhamdulillah doktor pun dah ‘repair’ ulu hati yang longar dan kantung perut agar saya tidak makan berlebihan .. kolestrol saya terlalu tinggi iaitu cecah 8.9,” ujarnya.

Terdahulu, Zarina didakwa telah melakukan pembedahan hidung namun dinafikan kerana memberitahu perubahan pada hidungnya adalah selepas menjalani pembedahan sinus.