Laman Utama

"Sakitnya... Pakai Epidural Tapi Tak Berkesan" - Leeyana Rahman Bersalin, Suami Sambut Kelahiran Anak

gempak
Mya Amri
09/05/2022
04:42 MYT
Sponsor Banner
"Sakitnya... Pakai Epidural Tapi Tak Berkesan" - Leeyana Rahman Bersalin, Suami Sambut Kelahiran Anak
Pemilik butik fesyen jenama terkenal Leeyana Rahman, Nur Liyana Abdul Rahman atau lebih mesra dengan panggilan Yana Lee selamat memimang cahaya mata keduanya.
Berita gembira itu dikongsi Yana menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram beserta foto yang merakamkan dirinya tersenyum sambil memeluk anaknya selepas bersalin dan dicium suami di bahagian dahi.
Menceritakan pengalaman bersalinnya, Yana menjelaskan pengalaman bersalin anak kedua ini sangat berbeza berbanding yang pertama.
Kata Yana, walaupun dia menerima suntikan epidural bagi mengurangkan kesakitan bersalin namun ia seolah-olah tidak berkesan.
“Alhamdulillah syukur, pukul 3:27pm mama selamat melahirkan melahirkan anak perempuan seberat 3:07 kg.
“Sakitnya nak bersalin Tuhan sahaja yang tahu, pakai epidural kali ini tapi macam tak ada rasa pakai epidural. Tak berkesan,” kongsinya.
Bagaimanapun kata Yana, momen bersalin kali ini sangat istimewa kerana anak keduanya itu disambut oleh suaminya sendiri, Muhamad Hafiz Abdul Hamid.
“Alhamdulillah Allah bagi nikmat merasa sakit bersalin dan kali ini Dr Kham bagi peluang papa dia keluarkan baby daripada kepala sampai ke uri.
“Semua dia buat. Baru dia nampak susahnya nak bersalin. Tergamam terus! Lepas ni kalau tak sayang lebih tak tahu lah.
“Betul cakap orang, lain anak lain sakit bersalin dia. Sakit kali ini Ya Allah Tuhan je yang tahu. Masa anak pertama tidak lah sesakit macam ni. Semoga sakit ini asbab penggugur dosa,” coretnya.
Sementara itu di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Yana termasuklah pelakon Wawa Zainal dan juga Mira Filzah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live