Bulan Ramadan yang datang setahun sekali memberi banyak makna kepada kita sebagai umat Islam.
Selain menahan diri daripada lapar dan dahaga, bulan puasa juga mengajar kita erti kesabaran dan ketaatan dalam menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara kurang baik.
Mungkin disebabkan kedatangan bulan puasa sekali hanya setahun, ramai yang terlupa untuk ‘berpuasa’ gara-gara rutin makan siang atau mengunyah jajan pada waktu senggang.
Hal ini yang dialami oleh pelakon dan Youtuber popular Indonesia, Baim Wong. Menerusi sepotong video yang viral baru-baru ini, kelihatan Baim sedang memeriksa keadaan kolam renang yang sedang dibaik pulih di kediamannya.