Berita

Salah Guna Nama & Gambar Tanpa Izin, Imam Muda Asyraf Buat Laporan Polis

gempak
ZULHILMI JALIL
08/09/2020
05:25 MYT
Sponsor Banner
Salah Guna Nama & Gambar Tanpa Izin, Imam Muda Asyraf Buat Laporan Polis
Penceramah bebas, Imam Muda Asyraf membuat satu laporan polis selepas mendapati terdapat pihak yang menyalahgunakan nama dan gambar dirinya yang didakwa sebagai cubaan menipu orang ramai.
Menurut Asyraf, pihak yang tidak bertanggungjawab itu menggunakan gambarnya untuk mempromosikan aktiviti pelaburan kepada orang awam.
"Sebenarnya, banyak kali isu penggunaan nama dan gambar saya tanpa izin oleh pihak tidak bertanggungjawab berlaku. Pada asalnya saya tidak mengendahkannya.
"Tapi apabila memikirkan nasib mereka yang tertipu, makcik pakcik di kampung, abang-abang, adik kakak yang melabur tanpa mengetahui kesahihan akaun pelaburan. Maka saya mengambil keputusan untuk melaporkan perkara ini kepada pihak polis," katanya menerusi satu posting di Instagram.
Dalam entri tersebut, Asyraf turut berkongsi beberapa paparan tangkap layar yang menyalahgunakan gambarnya yang tidak mempunyai kaitan dengan dirinya langsung.
"Diharap kepada mereka di luar sana periksa dan berhati-hati dengan sebaran mesej Facebook seumpama ini.
"Bukan sekali dua. Tetapi terlalu banyak dalam pelbagai akaun berlainan. Diharap perkara ini dapat dibendung oleh pihak berkuasa. Sekian," pesannya.
A post shared by IM Asyraf (@imammudaasyraf) on
Di ruangan komen, ada yang mengakui pernah hampir terpedaya dengan poster sedemikian yang menggunakan wajah Imam Muda Asyraf.
"Allah...patutlah, saya hampir termasuk sebab baru-baru ini dah kena RM400 sebab percaya ada sijil patuh syariah..hantu raya betul.
"Semua gambar ustaz masa muda scammer tu ambil..pelik," komen sebahagian pengikutnya,
Terdahulu, Asyraf membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi, Selangor semalam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live