Laman Utama
“Salah Ke Tak Bawa Anak Sekali?”- Isteri Habis Pantang, Dr Say Bawa Pergi Dating
Doktor dan pengacara, Dr Say Shazril gembira apabila tempoh berpantang isterinya, Dr Azura Abas melahirkan anak kedua mereka berjalan dengan baik walaupun banyak cabaran.
Demi untuk menghargai segala usaha dan penat lelah isterinya, Dr Say telah membawa isterinya keluar bersiar-siar dan meluangkan masa bersama tanpa bersama anak-anaknya.
“Tamatlah sudah dua bulan maternity leave wife saya. Dalam erti kata lain tamatlah juga paternity leave saya. I must say it was a challenging 2 months.
Advertisement
“Maka today we decide to have a break, panggil orang jaga Sef while kami pergi dating.
“Started off dengan pergi gym bersama seperti dahulu kala, then buffet sushi seperti dahulu kala, then window shopping seperti dahulu kala and close it off with heart to heart talk over coffee seperti dahulu kala.
“And it felt amazing & rejuvenating. Rasa hilang semua penat lelah, bertelingkah dan salah menyalah sepanjang 2 bulan berpantang ni,” tulisnya.
Pengacara Tanya Doktor itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto bersama isterinya di sebuah café.
Tambah Dr Say lagi, tak salah apabila sekali sekala meninggalkan anak untuk berehat sebentar dari tugasan sebagai ibu dan bapa.
“Salah ke tak bawak anak-anak sekali? Bagi saya tak salah. Bila tak ada anak-anak ni lah dapat saya express whatever concerns I have mengenai kehidupan, mengenai masa depan dan mengenai anak-anak especially perkembangan Ace,” jelasnya.
Justeru, Dr Say hendak menjelaskan tugas ibu dan bapa bukanlah perkara yang mudah namun ia perlu dilalui bersama dengan pasangan demi menjamin kehidupan yang sihat dan ceria.
“Kesimpulan yang saya cuba sampaikan, parenting is not easy. Sometimes it can be overwhelming sebab it’s a lifetime responsibility.
“Parenting is not easy tapi it is easier if we go through it together with our partner. Bila parents healthy & happy semestinya anak-anak turut healthy and happy.
“Jadi to all parents out there, go and have your break lagi-lagi dah terperap lama kat rumah dengan anak-anak sepanjang PKP ni. Mamak ke, movie ke, merayap ke layan je janji happy,” nasihatnya.
Isteri Dr Say baru sahaja melahirkan putera keduanya melalui proses pembedahan pada 18 Ogos lalu.
Terdahulu, pasangan tersebut telah dikurniakan seorang cahaya mata pertamanya sebelum ini yang bernama Aezil, setahun.
Must-Watch Video