NUSANTARA
Salah Tag IG Haters Ayu Ting Ting, Nafiz Muaz Mohon Maaf
Pelakon muda yang sedang meningkat naik, Nafiz Muaz, 20, membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi Indonesia Ayu Ting Ting ekoran kesilapan meletakkan tag akaun haters pada sekeping foto yang dimuat naik petang tadi.
Tindakan pelakon itu juga mengundang rasa bengang dalam kalangan peminat penyanyi popular Indonesia itu.
Malah, ada yang bertindak agresif dengan meninggalkan komen dan mesej di Instagram pelakon itu mendakwa tindakannya tidak wajar cuba mencetuskan provokasi dalam kalangan peminat.
"Saya minta maaf atas tindakan itu dan saya tidak tahu itu IG milik haters.
"Saya harap peminat Ayu Ting Ting maafkan saya. Saya sedar kesilapan saya dan akan lebih berhati-hati selepas ini.
"Semoga permohonan maaf saya diterima," kata Nafiz kepada Astro Gempak.
Nafiz bertemu dengan selebriti Indonesia yang terkenal dengan lagu Sambalado itu pada pagi Jumaat sempena sesi ramah mesra eksklusif di Trans TV Indonesia di Jakarta.
Sehingga kini foto Nafiz bersama Ayu Ting Ting dihujani lebih 200 komen yang menyelar tindakan pelakon drama bersiri Teratai Kemboja itu.A post shared by Nafiz Muaz (@nafizmuaz) on
Manakala, akaun @ayutingting.pelakor itu mempunyai 37,800 pengikut yang rata-ratanya terdiri daripada haters.
"Menurut peminatnya jika di Indonesia, pelakor diistilahkan sebagai perampas suami orang," tambah Nafiz.
Nafiz selain itu turut membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagramnya selepas mendapat banyak komen negatif daripada peminat setia Ayu Ting Ting.
Sekadar info, Nafiz merupakan bakat baru daripada pencarian Drama Festival Kuala Lumpur tahun 2016.
Sehingga kini, Nafiz pernah membintangi drama Budak Boys, Amsyar, Jejak Karmila dan Melodi Cinta Sara.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @nafizmuaz, @ayutingting92
Must-Watch Video