Laman Utama

Saling Muat Naik Foto Mesra Sebagai Suami Isteri, Shuib Tulis Assalamualaikum Cinta, Jawapan Watie…

gempak
Maliah Surip
24/06/2023
06:25 MYT
Sponsor Banner
Saling Muat Naik Foto Mesra Sebagai Suami Isteri, Shuib Tulis Assalamualaikum Cinta, Jawapan Watie…
Shuib akhirnya menamatkan zaman duda apabila selamat bernikah dengan Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah malam tadi.
Usai sah bergelar suami dan isteri, pasangan pengantin baharu tersebut dilihat berkongsi foto mesra mereka bersama, hari ini.
Menerusi laman Instagram masing-masing, Shuib dan Watie mempamerkan foto bersama sambil berpelukan dengan berlatar belakangkan lapangan terbang.
Sedondon memakai pakaian berwarna putih, Shuib menulis kalimat ringkas buat isterinya yang berbunyi: “Assalamualaikum Cinta”.
Salam yang dihulur pelawak, pelakon dan usahawan itu kemudian dijawab Watie menerusi muat naik foto di Instagramnya dengan: “Waalaikumusalam Rindu.”
Perkongsian tersebut mendapat perhatian dalam kalangan peminat dan netizen yang mendoakan dan memberi ucapan selamat pengantin baharu buat mereka.
Malah ramai netizen meneka pasangan tersebut akan pergi berbulan madu memandangkan latar lapangan terbang di dalam foto tersebut.
Terdahulu pasangan itu dinikahkan abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah di Putra Glass House, Putra Heights di sini, disaksikan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Zubairi Ghazali.
Watie, 35, menerima mas kahwin bernilai RM8,288 serta lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki. Majlis mereka juga mendapat tajaan sebanyak RM1.7 juta.
Shuib, 37, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat COVID 19.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2, sejak berkahwin pada 2011.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024