Berita
Saluran YouTube Sugu Pavithra Kosong! Tiada Lagi Video Masakan
Selepas terpalit dengan kontroversi dirinya dikasari suami, YouTuber masakan popular, S. Pavithra dipercayai bertindak mamadam kesemua kandungan dalam saluran YouTube Sugu Pavithra miliknya.
Saluran Youtube yang mempunyai lebih 786,000 subscribers itu kini tinggal hanya paparan kosong tanpa sebarang video masakan.
Apa yang tinggal hanyalah sekeping foto perkahwinan yang masih diletakkan sebagai gambar profil di saluran Youtube tersebut.
Situasi itu sekali gus menimbulkan tanda tanya apakah yang sebenarnya yang terjadi kepada pasangan tersebut sehingga bertindak sedemikian rupa.
Rata-rata meluahkan rasa sedih apabila berkemungkinan tidak dapat lagi menyaksikan gelagat pasangan suami isteri tersebut memasak.
"Saya seronok menonton Sugu Pavithra punya video masak-masak dan memang ada niat nak cuba masak beriani resepi dia, tahu-tahu saluran YouTube dah tak ada videonya," tulis @ilyliaazr di Twitter.
"Aaah, tak sempat lagi nak cuba resepi kari Sugu Pavithra," komen @iffahfarzana98
"Saluran Sugu Pavithra dah kosong. Adakah mereka dah putus asa? Atau privatekan buat masa ini? Kasihan," tulis @zoolligakampung.
Sugu Pavithra delete semua video masakan dia? Wow! So dia nak apply kerja ladang balik ke?— Keemi Keemo (@hakimkeemo) July 25, 2020
what happen to sugu pavithra channel? now that they have deleted all videos, so does their side income.— Vilzan Momin (@bonyzan) July 25, 2020
Terdahulu, pasangan tersebut terpalit dengan kontroversi apabila Pavithra dikatakan dikasari suaminya, M. Sugu dalam satu kejadian di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.i is sad why sugu Pavithra deleted all the videos ? why rejected all awards? i is sad.— Amira Mazalan (@salahparipari) July 25, 2020
Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan satu majlis pengiktirafan yang diterima oleh Pavithra pada Isnin lalu.
M. Sugu kemudian turut berdepan satu pertuduhan di mahkamah berikutan memiliki senjata berbahaya.
Ekoran insiden itu, Pavithra kemudian memaklumkan bahawa dia mahu menjalani kehidupan normal seperti insan biasa tanpa sebarang populariti.
Bahkan, dia juga bertindak menolak sebarang bentuk pengiktirafan yang mahu diberikan kepadanya termasuklah ikon Anak Bandaraya Ipoh yang diberikan Majlis Bandaraya Ipoh baru-baru ini.
Pavithra mula bergiat aktif dalam penghasilan video di YouTube pada awal tahun.
Video masakannya yang dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Must-Watch Video