Berita
Sambut Anniversary Ke-3, Sari Yanti Umum Mengandung 6 Bulan!
Pelakon Sari Yanti mengumumkan dirinya kini sedang mengandung anak kedua hasil perkongsian hidup dengan pelawak Jep Sepahtu.
Sari berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya bersempena sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ketiga.
"Esok (hari ini) anniversary kami yang ke-3 . Ya Allah rahmatilah perkahwinan @jepsepahtu dan @sariyanti di dunia hingga akhirat. Amin.
"Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke-3 tahun kami sedang tunggu kehadiran ahli baru. Insya-Allah. Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik daripada anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga," tulisnya.
Menerusi entri tersebut, Sari turut berkongsi gambar terkini dirinya yang sudah menampakkan baby 'bump' dengan usia kandungan enam bulan.
"Kakak tak penah kisah @jepsepahtu rambut panjang ke pendek. Mana mana pun sayangnya sama. Hatinya sama. Tak ada beza. I love you Husband @jepsepahtu . Happy 3rd Anniversary.
Nota kaki : my 6th pregnancy. #6monthpregnant," katanya lagi sebagai dedikasi sempena hari bersejarah mereka.
Sari dan Jep mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Dariya Inara yang kini mencecah usia dua tahun.
Terdahulu, pelakon drama Kisah Kaisara itu pernah dilaporkan mengalami keguguran sebanyak dua kali menerusi perkahwinan keduanya itu.
Sebelum ini, menerusi perkahwinan pertama, Sari mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Must-Watch Video