Laman Utama

Sambut Birthday Aliff Aziz, Ini Pesan Bella Pada Suami

gempak
Syafiqah Jalal
17/02/2021
10:07 MYT
Sponsor Banner
Sambut Birthday Aliff Aziz, Ini Pesan Bella Pada Suami
Pelakon Bella Astilah gembira apabila berpeluang menyambut hari kelahiran suaminya, Aliff Aziz di rumah semalam.
Kata Bella meskipun sambutan itu dadakan dalam sederhana namun dia meletakan usahanya dalam setiap dekorasi tersebut.
“Simple tapi balloon tu saya tiup sendiri tau. Hope you like the present,” katanya.
Bella berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto ketika majlis tersebut.
Sempena ulang tahun kelahiran suaminya itu, Bella sempat menitipkan ucapakn yang bermakna.
“Saya tak tahu tahu bagaimana hendak ucapkan betapa saya cintakan awak.
“Happy Birthday sayang, may Allah s.w.t bless you always and menjadi seorang anak yang baik kepada Umi dan Ayah, Abang yang baik kepada Ayeen Aisyah,
“Suami yang baik, menantu yang baik, daddy yang baik untuk anak-anak dan insan yang baik, Insya-Allah,” pesannya.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Bagaimanapun, mahligai mereka beberapa kali diuji hingga kemuncaknya berakhir dengan perceraian pada 16 Mei, tahun lalu.
Namun, pasangan ini rujuk ketika dalam tempoh edah, namun, perkara itu dirahsiakan kepada pengetahuan umum.Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live