"Sambut Di Rumah Lama Kami, Semua Terharu & Menangis..." - Kim Kardashian Buat Kejutan Hari Lahir Untuk Ibu

Asraf Aided
November 6, 2019 08:13 MYT

Personaliti dan sosialit popular Hollywood, Kim Kardashian membuat kejutan untuk sambutan hari lahir ibunya, Kris Jenner yang ke-64.

Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

Menurut Kim, dia telah membuat kejutan dengan mengundang rakan-rakan rapat ibunya yang telah dikenali selama lebih 40 tahun untuk meraikan hari istimewa itu.

Kim telah menyewa kediaman lama yang pernah diduduki mereka sekeluarga pada zaman kanak-kanaknya sebagai lokasi sambutan, selain itu, dia juga menyewa kenderaan yang pernah digunakan oleh ibu bapanya suatu ketika dahulu.

"Hari ini kami meraikan ibu kami, untuk hari lahirnya kali ini, saya rancang sebuah acara makan tengahari kecil-kecilan.

"Saya telah mengundang beberapa rakan rapat ibu yang telah dikenalinya selama lebih 40 tahun, mereka semua terkejut apabila saya membawa mereka ke kediaman lama kami yang saya sewa untuk hari istimewa ini.

"Kami semua terharu dan tidak henti menangis mengenang memori lama, saya juga menyewa kenderaan yang pernah dipandu oleh ibu bapa kami," tulis Kim sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut ikon fesyen ini meninggalkan komen positif dan mengucapkan selamat hari lahir buat Kris.

Sekadar info, Kim mulai muncul di media Hollywood pada sekitar tahun 2007.

Mereka sekeluarga telah mencipta populariti menerusi program realiti kegemaran ramai, Keeping Up With The Kardashians yang masih ditayangkan sehingga kini.

#Kim Kardashian #Kris Jenner