Menerusi sebuiah perkongsian, Hidayah atau nama lengkap Siti Noorhidayah Mohd Ali, 33, memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia menjamu selera sempena ulang tahun kelahirannya di sebuah restoran.
Hidayah juga hanya meletakkan emoji bagi menutup wajah lelaki tersebut yang duduk disebelahnya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakannya sempena ulang tahun kelahirannya itu.
“Terima kasih semua yang mendoakan birthday saya,” tulisnya.
Netizen Restu Hidayah Layak Bahagia
Meninjau ke ruangan balas dalam hantaran, rata-rata mengucapkan tahniah kepadanya serta ramai menyifatkan dia layak menjalani kehidupan bahagia.
“Awak layak sis. Dah lima tahun struggle dalam semua hal,” tulis seorang netizen.
“Alhamdulillah, moga Allah temukan jodoh yang baik dan sayangkan Dayah dan Hamzah dengan penuh ikhlas,” komen netizen lain.
“Dayah layak untuk bahagia,” tulis netizen lagi.
“Semoga boleh membahagiakan Dayah dan Hamzah sampai Syurga,” doa seorang netizen.
Terdahulu, Hidayah pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Abam pada 8 Disember 2017.
Hasil perkahwinan, mereka memiliki cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 5.
Bagaimanapun, jodoh pasangan ini tidak panjang apabila arwah Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun di kediamannya di Gombak, Selangor.