Laman Utama
Sambut Hari Lahir Ke-58, Pak Nil Dapat Kasut Jenama Mewah Dari Nabil!
Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi berkongsi kegembiraan menerima hadiah hari lahir daripada Nabil dan isterinya, Zira Ayub.
Menerusi Instagram, Aznil yang mesra disapa Pak Nil berkongsi video dia membuka hadiah yang berupa sepasang kasut jenama Chanel itu.
"Seronok ada adik have-have ni kan! Terima kasih @nabilzira @zira.ayub bagi hadiah hari jadi yang mahal ini kepada Pak Nil.
"Semoga Allah limpahkan lagi kurniaan rezeki yang berlipat ganda atas kebaikan kamu berdua, Amin," tulis Pak Nil sebagai kapsyen.
Dalam video tersebut, Nabil mengatakan dia sudah lama berhasrat untuk menghadiahkan kasut itu kepada Pak Nil.
Pak Nil bertambah gembira kerana kasut yang diterima itu menepati saiz kakinya.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Pak Nil yang tumpang gembira dan turut menulis ucapan di ruangan komen.
Sementara itu, Pak Nil juga ada menghadiahkan haruman jenama Louis Vuitton kepada Nabil dan Zira sempena hari lahirnya itu.
Pak Nil meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-58 pada 6 November, Jumaat lalu.
Must-Watch Video