GAYA HIDUP
Sambut Ulang Tahun Ke-93, Kartun Doraemon Raih Ucapan Manis Daripada Netizen Dunia!
Kartun kucing robot popular, Doreamon menyambut ulang tahunnya yang ke-93 pada 3 September lalu.
Watak komik manga yang direka oleh Fujiko F. Fujio itu berkebolehan mengeluarkan pelbagai peralatan canggih dari masa depan daripada poket ajaibnya.
Cukup dekat dengan golongan kanak-kanak mahupun orang dewasa, Doreamon pasti memberikan kenangan manis kepada peminatnya.
Menerusi laman sosial Twitter, peminat seluruh dunia turut sama meraikan hari ulang tahun Doraemon dengan pelbagai ucapan manis.
Rata-rata mereka berterima kasih kepada kucing robot itu kerana pernah menceriakan zaman kanak-kanak.
It's #Doraemon's birthday today. You complete my childhood & brought all 3 gens of my family together (grandparents, parents, me) when I was a kid. We'll all run to TV when we hear:"an an an tottemo daisuki, Doraemon" (We Love You, Doraemon) ??TQ for existing, Doraemon ? pic.twitter.com/138U5nL7OF— Hubert Ian Lee (@iHubertLee) September 3, 2019
Happy Birthday #DORAEMON tq for my childhood memories awesome pic.twitter.com/7gq2WM5fxY— ᴮᵒʸᶠʳⁱᵉⁿᵈ????? (@stormtrooper92_) September 3, 2019
Happy birthday to our favourite cat, Doraemon. RT and share with me your favourite item from his pocket.Mine: Mesin Masa #Doraemon pic.twitter.com/BAvWlwsfuE— Safwan Jebat (@awanjebat) September 3, 2019
Malah, ada juga yang mendoakan Doraemon agar terus bersama dan menghiburkan mereka.Happy birthday #Doraemon ??. Thank you being my childhood bestfriend :’). Aishiteru!!! pic.twitter.com/RLYpD06GVy— Shezza (@shezzawho_) September 3, 2019
Anime Doraemon juga disiarkan dengan alih suara Malaysia yang menampilkan Ruhaiyah Ibrahim, sebagai pelakon suara watak Doraemon yang bersuara garau dan lantang.
Kemunculannya di kaca TV Malaysia mula disiarkan menerusi RTM1 pada pukul 7 malam setiap hari Ahad dan menghentikan siarannya pada 29 Disember 2002. Kartun itu kemudiannya berpindah ke ntv7 pada 5 Januari 2003 pada setiap hari Sabtu pukul 7.30 malam.
Must-Watch Video