Berita

Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-38, Tapi Ini 'Hadiah' Yang Misha Omar Dapat...

gempak
ZULHILMI JALIL
07/01/2020
03:54 MYT
Sponsor Banner
Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-38, Tapi Ini 'Hadiah' Yang Misha Omar Dapat...
Penyanyi popular Misha Omar memaklumkan bahawa keadaan kesihatan anaknya, Muhammad Idris Ezzwa terjejas akibat mengalami demam panas.
Misha atau nama sebenarnya, Samiha@Aisah Omar, berkata, ia merupakan satu momen yang cukup diingatinya kerana ia berlaku pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-38 semalam.
"Hadiah di hari jadi ibu yang paling bermakna. Penghibur di hati jatuh sakit, demam panas saat dijemput pulang dari sekolah petang tadi.
"Doakan ya semoga Muhammad Idris Ezzwa cepat sembuh. Mudah-mudahan tiada apa yang serius, demam nak besar gamaknya," tulisnya.
Misha berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Perkongsian itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Ada yang meminta agar pelantun lagu Sampai Bila itu membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan.
"Lebih baik bawa dia pergi cek doktor cepat. Sekarang ini musim influenza.
"Semoga scepat sembuh. Jaga diri baik-baik kerana sekarang musim influenza," tulis sebahagian netizen.
Terdahulu, Misha meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-38 yang disambut pada 6 Januari.
Misha mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014.
Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan cahaya mata, Muhammad Idris Ezzwa yang kini menginjak usia empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024